KUALA LUMPUR: Kalau kita benar-benar buka mata, apa yang kita mahukan terbaik untuk kita tidak jauh, ia ada sahaja di sekitar kita.
Begitulah Ruzana Musa, bermula dengan membantu orang tuanya di bendang belakang rumahnya, kini lumpur dan tanah liat itu yang memberi kehidupan sejahtera kepadanya.
Maka lahir Bendang Studio, perindustrian produk seramik yang kini membekalkan pinggan mangkuk kepada hotel-hotel terkemuka dan restoran terkenal seperti St. Regis, Four Seasons, Jibby & Co., Tapestry malah hingga ke negara-negara jiran.
Minat anak jati Kampung Sungai Petai di Rembia, Alor Gajah itu dilanjutkan ke menara gading.
Seusai pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM), dia menjadi pembantu seorang artis seramik di Shah Alam, Selangor selama lebih kurang empat tahun sebelum pulang ke kampung halamannya.
Dia tahu, bendang yang kini ditinggalkan di belakang rumahnya itu adalah lubuk kepada sumber penghasilan karya seninya.
“Sambil menjadi guru sandaran hampir dua tahun, saya mula ‘set up’ studio sendiri di belakang rumah.
“Jadi, peringkat awal saya gunakan apa yang ada, ambil tanah liat dari bendang belakang rumah itu untuk hasilkan karya-karya saya.”
Dari menyertai pameran demi pameran seni kraf di ibu kota juga di negara jiran, Ruzana mengukuhkan ‘resumé’ dengan penghasilan cenderahati dan perlahan-lahan berkembang sehingga hari ini menjadi pengeluar perkakasan meja makan berkualiti tinggi.
Dia selesa berpangkalan di Melaka, lagipun studionya yang digerakkan oleh hanya kurang lebih 10 orang itu berada di atas tanah keluarganya. Tak perlu pening kepala tentang sewa dan sebagainya.
Sudah ada kedai sendiri di pusat beli-belah, The LINC Kuala Lumpur, niat untuk mengembangkan lagi perniagaan itu semestinya ada, sudah namanya usahawan.
Namun, baginya cukup dengan satu langkah pada satu masa, tiada apa yang perlu dikejarkan.
“Saya suka benda yang ‘slow’ tapi ada ‘progress’ dan ianya berpanjangan.
“Tak mahulah buat sesuatu yang meletup, kemudian selepas itu jadi sendu, itu tidak sihat bagi saya.”
Nilai tekun dan sabar dalam pembikinan seramik itu diterapkan dalam model perniagaannya, memahami makna seni itu yang bukannya untuk untung semata-mata tapi keindahan dan kehalusan untuk dikongsi yang hanya dapat dihasilkan dengan langkah yang tenang.
Selain hasrat melibatkan dan memperkasakan anak-anak tempatan (ada bengkel dibuat tetapi terhenti seketika dek pandemik), aspek rohani itu yang mahu disampaikan oleh Bendang Studio kepada masyarakat sekitarnya.
“Memanglah kita hasilkan produk komersial, tapi kita ada satu tanggungjawab untuk didik orang dari segi pemahaman (tentang seni seramik).
“Kita bukan nak mereka datang dan pandai buat seramik, tetapi mahu mereka lihat di sebaliknya, pengaruhnya terhadap mental dan jiwa.
“Malah, proses seramik itu sendiri mengajar kita untuk menjadi orang yang sabar, saya suka orang lihat dari sudut itu.”
Tonton temu bual penuh Ruzana bersama hos Nazri Kahar dalam program khas Melaka Memilih, di sini:
Israr Khalid
Thu Nov 11 2021
Siapa sangka pinggan mangkuk seramik berkualiti tinggi ini buatan Kg. Sungai Petai, Ayer Keroh, Melaka. - Gambar: FB Bendang Studio
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Tujuh terbunuh di Pakistan disyaki serangan etnik
Tujuh lelaki pekerja asing maut dipercayai ditembak oleh militan pemisah yang terbabit dalam keganasan etnik terhadap orang asing di barat daya Pakistan.
Junta Myanmar rancang adakan semula pilihan raya
Ketua Tentera Myanmar membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya di negara itu bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Eurovision: Tahap keselamatan dipertingkat menjelang separuh akhir
Protes pro-Palestin dirancang di bandar tersebut secara besar-besaran, dengan perhatian diberi terhadap prestasi wakil Israel.
Ziarah masuk raudah antara program untuk jemaah haji
Jemaah haji yang masuk ke Madinah sebelum ke Mekah akan melalui beberapa siri program yang telah diatur oleh pihak Tabung Haji.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Amirudin berkata, itu perbezaan antara kerajaan perpaduan dan pembangkang yang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Bola sepak: Perbaiki tadbir urus emosi, kebencian di media sosial
Apa yang diperlukan dalam komuniti sukan, khususnya bola sepak ketika ini ialah tadbir urus dalam hal berkaitan emosi dan kebencian di media sosial.
KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin
Kementerian Pembangunan, Usahawan,dan Koperasi (KUSKOP) menawarkan pembiayaan pengajian dalam bidang koperasi sekurang-kurangnya kepada tiga pelajar Palestin sebagai satu bentuk sokongan kepada masyarakat itu.
Menurut Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, perancangan ini sedang disusun oleh duta besar Malaysia di Jordan, Kementerian Koperasi di Palestin dan perihal ini juga sudah dibincangkan semasa mesyuarat pos kabinet mesyuarat kemarin.
Menurut Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, perancangan ini sedang disusun oleh duta besar Malaysia di Jordan, Kementerian Koperasi di Palestin dan perihal ini juga sudah dibincangkan semasa mesyuarat pos kabinet mesyuarat kemarin.
KUSKOP saran YBR kerjasama dengan UKKM
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyarankan Yayasan Bank Rakyat (YBR) bekerjasama dengan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) bagi menawarkan pembiayaan dan biasiswa untuk pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi itu.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata kerjasama itu akan menarik minat anak-anak muda untuk menceburi bidang keusahawanan dan koperasi sekali gus mempromosikan universiti berkenaan sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata kerjasama itu akan menarik minat anak-anak muda untuk menceburi bidang keusahawanan dan koperasi sekali gus mempromosikan universiti berkenaan sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.