MELAKA: Semua pihak termasuk parti politik diharap memberikan kerjasama dengan mematuhi beberapa larangan dikenakan Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka demi keselamatan dan kesihatan rakyat.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata ini penting bagi memastikan penularan pandemik COVID-19 akan terus dapat dikekang dan dikawal.
Beliau berkata pendekatan lain yang boleh digunakan bagi berkempen adalah dengan menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.
"Walaupun kaedah ini dilihat sesuatu perkara baharu, saya yakin semua parti bertanding telah bersedia dengan pendekatan yang mematuhi SOP (prosedur operasi standard) berkenaan. SOP ini perlulah diikuti untuk memastikan tiada penularan jangkitan...pada saya eloklah kita akur," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Deepavali kepada 160 penerima di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini.
BACA: PRN Melaka: Perhimpunan berkaitan pilihan raya dilarang mulai 25 Okt
Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan selain aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial, penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya turut tidak dibenarkan berkuat kuasa hari ini hingga 27 Nov.
Berdasarkan pemantauan KKM, Khairy berkata antara penyumbang kepada peningkatan kes dan kluster COVID-19 dalam negara adalah berkait dengan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi SOP.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 Nov manakala tarikh mengundi pula pada 20 Nov.
PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata ini penting bagi memastikan penularan pandemik COVID-19 akan terus dapat dikekang dan dikawal. - Gambar fail/BERNAMA
Agenda AWANI: Desak Israel patuh resolusi gencatan senjata UNSC
Sejauh mana boleh kita menjangkakan Israel akan patuh desakan untuk keamanan yang berkekalan di Gaza meskipun resolusi gencatan senjata UNSC sementara dalam tempoh dua minggu sahaja?
Diskusi 9 malam.
Diskusi 9 malam.
Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung
Mahkamah Majistret membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.
Rebat tol 20 peratus untuk pengguna kerap LDP ditamatkan
Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) akan menamatkan program LITRAK Frequent Travellers Program (LFTP) berkuat kuasa 1 April depan.
Pantau Belanjawan: SMEs, local businesses' Industry 4.0 transformative journey
According to MITI in 2018, less than 21% of SMEs implemented this 4IR. Join Chan Leong, the CEO & Founder of Skribble, exploring the realignments and leverages of the adoption of Industry 4.0 among SMEs and local businesses.
Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan
Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket penjualan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun dengan penahanan 16 individu termasuk dua pegawai bank.
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.