awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di universiti swasta: Polis klasifikasi kematian pekerja kontraktor sebagai mati mengejut
Lihat pangkat yang terlibat, indikasi isu besar di MINDEF - Azam Baki
Ant sokong piawaian dagangan AI Google, beri petunjuk integrasi TNG eWallet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka tidak jejas sesi persekolahan - Radzi Jidin

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
17/10/2021
09:13 MYT
PRN Melaka tidak jejas sesi persekolahan - Radzi Jidin
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menyediakan kemudahan yang diperlukan. - Gambar fail
MELAKA: Pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) di Melaka tidak akan menjejaskan operasi sekolah yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Sebaliknya ujar Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, pihaknya sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menyediakan kemudahan yang diperlukan.
“Apa-apa pun keputusan sekiranya diperlukan kira boleh berbincang.
“Kita boleh permudahkan apa sahaja yang diperlukan dalam konteks tersebut. Walaupun sekolah baru dibuka, kita ada pendekatan yang kita boleh gunakan yang sesuai,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke SMK Tun Haji Abdul Malek Di Cheng, Melaka hari ini.
Tambah Radzi, Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai kaedah tertentu bagi memastikan proses PRN berjalan lancar jika institusi sekolah digunakan.
Dalam pada itu, beliau berkata konsep Sekolahku Sejahtera bukanlah satu silibus atau bebanan baharu, namun lebih kepada satu pendekatan baharu yang diterapkan secara tidak langsung dalam pembelajaran di sekolah.
Katanya, konsep ini membawa perkara-perkara asas yang penting dalam kehidupan di peringkat awal persekolahan termasuk etika serta kaedah pembelajaran secara langsung dan tidak langsung oleh guru-guru.
Melaka bersama Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, dijadual memulakan pengoperasian semua sekolahnya bermula 1 November ini apabila beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) esok.
Sementara itu, esok SPR dijadual mengadakan mesyuarat khas berkaitan PRN yang dijangka diadakan di Melaka.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terbubar selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#pilihan raya negeri
#sekolah
#Radzi Jidin
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan