awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 'Menang biarlah dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi' - Reezal

Hilmi Malik
Hilmi Malik
10/08/2023
11:42 MYT
PRN: 'Menang biarlah dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi' - Reezal
Reezal berkata, menang atau kalah itu adat dalam pertandingan namun kemenangan yang diperoleh perlu mewakili pengundi secara keseluruhan. - Gambar/ Astro AWANI
KEPALA BATAS: Kemenangan seseorang calon itu dianggap tidak bermakna sekiranya peratusan keluar mengundi rendah, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican.
Beliau berkata, menang atau kalah itu adat dalam pertandingan namun kemenangan yang diperoleh perlu mewakili pengundi secara keseluruhan.
"Jika kemenangan itu dari jumlah peratusan keluar mengundi yang rendah bukankah ia dianggap seperti tidak mewakili semua pihak.
"Saya berharap agar pengundi berilah satu makna kepada proses demokrasi dengan kehadiran yang seramai mungkin.
"Penting untuk pastikan siapa yang diangkat... siapa yang terima mandat diberikan dalam keadaan yang benar-benar tulen iaitu dengan jumlah kehadiran pengundi (yang ramai)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang di kawasan sekitar Kompleks Kepala Batas pada Khamis.
Ditanya mengenai tempoh kempen yang hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi, Reezal menegaskan tidak pernah sesekali berasa selesa.
"Tak pernah (selesa) kerana saya belajar dari kekalahan sewaktu PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) yang lalu dan saya buat sentuhan-sentuhan bersama pengundi seramai mungkin.
"Dalam jumlah yang kecil (24,000 pengundi) ia boleh 'swing'... ada hari mereka bersama saya (sokongan) dan ada hari mereka tidak bersama.
"Saya akan teruskan momentum ini sehingga menjelangnya hari pengundian nanti (12 Ogos)," katanya lagi.
Sebelum itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut hadir bagi menzahirkan sokongan terhadap kempen beliau.
Beliau mengakui, kehadiran Khairy banyak membantu dari segi sokongan dan faktor populariti bekas Menteri Kesihatan itu di kawasan berkenaan.
Reezal pada kali ini berhadapan dengan penyandang kerusi DUN Bertam, Khaliq Mehtab yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Pulau Pinang
#Reezal Merican
#peratusan keluar mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan