KUALA TERENGGANU: Langkah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini disifatkan sebagai tindakan berani dalam menongkah arus gelombang hijau di Terengganu.
Mengakui laluan yang akan ditempuh penuh mencabar, calon kerusi berkenaan, Luqman Long berkata, mereka mahu mengetepikan stigma terhadap parti baharu serta berpegang terhadap kemahuan rakyat yang akan diterjemahkan ketika hari pengundian pada 12 Ogos nanti.
"Kita akui laluannya bukan mudah dan sangat mencabar, namun harus diingat Terengganu adalah 'swing state' yang mana rakyatnya berani membuat perubahan demi kebaikan mereka.
"Tiada mana-mana parti politik sama ada UMNO atau Pas boleh mendabik dada mendakwa mereka selamat di Terengganu kerana iklim politik negeri ini sentiasa berubah-ubah," katanya ketika ditemui pemberita, baru-baru ini.
Menurut Luqman, peluang sentiasa terbuka untuk mana-mana parti bertanding kerana pengundi sudah semakin cerdik dan mahukan alternatif baharu serta kepimpinan yang lebih telus, profesional dan amanah.
"PRN kali ini adalah tapak awal untuk MUDA mengembangkan ideologi dan pemikiran politik baharu untuk rakyat Terengganu.
"Ia perlu bagi memastikan mereka tidak perlu taasub kepada mana-mana parti politik kerana dasar dan polisi yang dibuat pemimpin akan memberi keuntungan kepada rakyat," ujar beliau.
PRN di DUN Bandar kali ini bakal menyaksikan berlakunya pertembungan tiga penjuru antara MUDA, Pas dan UMNO.
Dalam pada itu, Luqman yang juga Ketua Penerangan MUDA berkata, walaupun mereka tidak mempunyai kekuatan jentera parti yang ramai, kaedah berkempen secara moden menerusi media sosial amat membantu.
Selain itu, katanya, komuniti DUN Bandar juga lebih unik berbanding kawasan lain kerana ia adalah pusat ekonomi negeri Terengganu malah pengundinya juga lebih berfikiran terbuka.
"Kita tidak berkempen menggunakan kaedah konvensional ceramah sahaja, sebaliknya kami selesa memanfaatkan media sosial untuk menjalankan kempen digital kerana capaiannya lebih meluas termasuk pengundi luar.
"Kita juga memilih DUN Bandar setelah membuat kajian demografi yang kita rasakan pengundi di sini boleh menerima visi dan idea orang muda kerana komposisi kaumnya, latar belakang dan agama agak seimbang.
"Ia (DUN Bandar) adalah kawasan urban yang sesuai untuk MUDA memperkenalkan cara politik baharu tanpa menyentuh isu lapuk seperti agama, bangsa dan menyerang peribadi pihak lawan," katanya.
Jelasnya lagi, selepas tidak bersama Pakatan Harapan (PH), MUDA lebih bebas bersuara dan melontarkan pandangan serta prinsip yang menjadi asas perjuangan sekali gus menjadi asas dan kekuatan untuk bertanding secara solo pada PRN kali ini.
"PRN adalah platform terbaik untuk kami menarik lebih ramai penyokong dan membentuk pemimpin pelapis yang lebih berkualiti tanpa mengira kawan atau lawan.
"MUDA mahu menjadikan PRN ini sebagai batu loncatan kepada politik yang lebih bersih dan meletakkan rakyat sebagai matlamat kepentingan utama mengatasi kepentingan peribadi semata-mata," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Pas memenangi kerusi DUN Bandar menerusi Ahmad Shah Muhamed dengan majoriti 2,091 undi.
Ahmad Shah yang mendapat 7,133 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Toh Seng Cheng (5,042 undi) dan Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meraih 3,996 undi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 25 2023
Luqman (kiri) ketika bertemu masyarakat di Kampung Cina di DUN Bandar, Kuala Terengganu. - Foto Sinar Harian
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.
Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja
Seiring peningkatan usia dan perlu menjalani tanggungjawab menjadi dewasa, kadangkala sukar untuk mengekalkan tenaga seperti zaman muda dahulu.
MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina
Pada September 2022 hingga Februari 2023, Perlis diramal menerima taburan hujan antara 200-300mm dan Kedah, antara 290-440mm.
Undi18 harap pemilihan Exco muka baharu, muda jadi ikutan negeri lain
Tharma Pillai berharap pemilihan orang muda dan muka baharu sebagai exco kerajaan negeri di Johor akan menjadi ikutan negeri-negeri lain mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Isu kecekapan orang muda tidak akan timbul, jentera Johor sudah sedia cekap- Exco Agama Johor
Exco kerajaan negeri Johor kalangan orang muda yang baharu dilantik akan saling melengkapi dan memberi idea baharu bagi menambahbaik kecekapan pentabiran negeri.
PRN Johor: PKR umum calon Kempas dan Larkin, beri bayangan rundingan dengan Muda tidak menjadi
Anwar telah mengumumkan calon PKR untuk lima kerusi, iaitu Larkin, Kempas, Bukit Batu, Tiram, dan Pasir Raja.
Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman kepada PH - Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menganggap kerjasama yang terjalin di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukan ancaman.
MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.
Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan
Cara merawat masalah rambut beruban dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.
Wan Ahmad Fayhsal nafi 'ugut' Syed Saddiq, anggap seperti adik sendiri
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pertemuan baru-baru ini bukan untuk membuat tawaran atau ugutan kepada Syed Saddiq.