awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: myPPP bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan

Bernama
Bernama
11/06/2023
16:37 MYT
PRN: myPPP bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan
Presiden myPPP, Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz berkata parti itu mempunyai kekuatan jentera di empat negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (myPPP) akan menggerakkan jentera bagi membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz berkata parti itu mempunyai kekuatan jentera di empat negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
"Kita di Selangor ada 80,000 ahli, di Wilayah Persekutuan 20,000 ahli dan Pulau Pinang ada 30,000 ahli. Sebab itu saya menerangkan kepentingan menyokong calon Kerajaan Perpaduan menang kerana menukar kerajaan membawa kerugian dari segi ekonomi," katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Cawangan MyPPP Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Perjumpaan itu merupakan siri jelajah penerangan kedua daripada lapan negeri yang digerakkan semula selepas lebih empat tahun tidak dapat berbuat demikian susulan pembatalan pendaftaran parti oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 2019.
Sehubungan itu, Maglin menyeru ahlinya untuk terus menyokong kepimpinan Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memastikan kemenangan calon PH dan BN pada PRN akan datang.
Enam negeri yang akan menghadapi PRN tahun ini ialah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyPPP
#PRN
#bantu kempen
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan