KUALA PILAH: Alam semula jadi sentiasa menyajikan keindahan yang mengasyikkan, tidak pernah mengecewakan.
Lautan yang kebiruan, gunung-ganang dan bukit-bukau yang menghijau membuatkan ramai terpesona dan terpukau.
Bukit Senaling di Kuala Pilah misalnya, agak terkenal dalam kalangan pencinta alam apatah lagi ‘kaki hiking’.
Kenapa terkenal? Apa ada di sana?
Bayangkan, selepas satu jam 30 minit, mendaki santai-santai, akhirnya anda tiba ke puncak Bukit Senaling.
Sebaik tiba, mata anda disajikan dengan pemandangan indah awan terhampar umpama permaidani di hadapan anda.
Tak semua tempat ada tapi di Bukit Senaling, inilah keistimewaannya.
Lenguh kaki, sakit pinggang, dahaga, penat semuanya hilang tatkala keindahan sebegitu terpampang di hadapan anda.
Maka tidak hairanlah, calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling, Datuk Ismail Lasim mahu terus mempromosikan kawasan itu.
Menurutnya, sebelum ini bukit itu sememangnya menjadi tumpuan namun selepas COVID-19, jumlah pengunjung semakin berkurang sekali gus menjejaskan pendapatan penduduk tempatan.
"Bila orang naik pemuda-pemuda ini yang akan jadi sebagai pemandu arah. Ada sedikit imbuhan kepada mereka, masyarakat setempat pun.
"Orang naik pagi, mereka turun dalam 8 lebih mereka dapat menikmati minum pagi yang disediakan orang kampung.
"Saya rasa ini satu sumber pendapatan dan sumber pelancongan kepada masyarakat," katanya kepada Astro AWANI.
Ternyata, kekurangan pengunjung jelas membimbangkan anak tempatan terutamanya bagi Jurupandu Arah Bukit Senaling, Yusri Yunus yang sempat kami temui di kaki bukit tersebut.
Menurutnya, ada ketikanya mereka hanya menerima dua orang pengunjung walaupun pada hujung minggu, sedangkan sebelum ini tak menang tangan dibuatnya.
"Kalau nak ikutkan dulu, Sabtu dan Ahad itu, dalam 100 orang. Pernah 100 orang pada Sabtu, Ahad pun 100 orang.
"Tapi lepas COVID-19, pernah Sabtu dua orang, hari Ahad kadang-kadang tiada orang…tapi tidaklah setiap minggu.
"Macam sekarang ni baru nak naik baliklah, mungkin sebab orang dah cari stamina balik ke apa, tak pastilah," ujarnya.
Tiada pengunjung, maka tiadalah pendapatan buat mereka, menyebabkan ada jurupandu arah berhijrah, mencari pekerjaan yang lebih meyakinkan mereka.
Justeru, dia berharap siapa pun wakil rakyat yang menang nanti, memberi perhatian terhadap promosi Bukit Senaling kerana ‘awan karpet’ di bukit itu bukan mudah untuk ditemui di tempat lain.
"Pemandangan awan karpet, dia bukan hari-hari. Kadangkala ada orang tanya kami, dia telefon tanya bang, awan karpet pukul berapa?
"Pukul berapa itu kami tak boleh janji sebab suis tiada dengan kita. Tapi bergantung kepada cuaca, kalau petang ini hujan, lebat, pagi esok InsyaAllah.
"Lepas Subuh kita semua naik, perjalanan satu jam setengah, kita naik santai-santai, atas kita boleh tengok lautan karpet, InsyaAllah," katanya.
Pastinya, pencinta alam dan kaki daki gunung tidak akan menyesal ke Bukit Senaling kerana pemandangannya di atas begitu indah.
Andai ada rezeki, muncul pula ‘awan karpet’, keindahannya tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.
Hanya mampu perhati, nikmati dan kagumi keajaiban alam ciptaan Ilahi.
Ridauddin Daud
Tue Aug 08 2023
Pastinya, pencinta alam dan kaki daki gunung tidak akan menyesal ke Bukit Senaling kerana pemandangannya di atas begitu indah. - Foto Bukit Senaling Official
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
PRN Negeri Sembilan: Calon BN tekad promosi keindahan 'awan karpet' Bukit Senaling
Tak semua tempat ada tapi di Bukit Senaling, inilah keistimewaannya.