BAYAN LEPAS: PKR Pulau Pinang yakin mampu untuk membolot kesemua 13 kerusi yang dipertandingkan parti itu pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) akan datang.
Penasihat Majlis Pimpinan PKR Negeri, Datuk Law Choo Kiang berkata, pihaknya yakin dengan kebolehan calon-calon yang telah dinamakan meskipun ada kemunculan muka-muka baharu.
“Saya yakin ini merupakan gabungan yang begitu kuat kerana kita ada calon daripada pelbagai latar belakang.
“Sasaran kita memang untuk menang semua kerusi lah dan kita tidak akan bertolak ansur kerana penggal sebelum ini juga kita telah memenangi kesemua kerusi,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ramah Mesra Mantan ADUN dan Calon PRN15 Pulau Pinang di sini, pada Rabu.
Bercakap mengenai cabaran untuk berdepan dengan Perikatan Nasional (PN), PKR katanya tidak gentar dengan momokan ‘gelombang hijau’ seperti yang diperkatakan sebelum ini.
Sebaliknya, Law menyifatkan perkara itu sebagai usaha yang sengaja untuk menggugat kedudukan Pakatan Harapan (PH) di negeri tersebut.
Ujarnya, beliau yakin dengan gabungan sedia ada, pengundi di Pulau Pinang sudah bijak untuk memilih kerajaan yang akan mewakili mereka.
“Gabungan sedia ada pun dari segi kerjasama semakin baik dan erat jadi sememangnya fokus kita hanya untuk menang semua kerusi.
“Dengan rekod yang kita ada sebelum in mentadbir Pulau Pinang saya yakin pengundi bijak untuk buat pilihan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau juga menyatakan, penyandang-penyandang kerusi sebelum ini juga memberikan dokongan penuh kepada calon-calon baharu termasuk penyerahan jentera-jentera parti dan keperluan untuk berentap dalam gelanggang PRN15 pada 12 Ogos.
Hilmi Malik
Wed Jul 26 2023
Law (duduk, tengah) ditemui pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ramah Mesra Mantan ADUN dan Calon PRN15 Pulau Pinang di sini, pada Rabu. - Foto Astro AWANI
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Jentera Kerajaan Perpaduan bagi PRK Sungai Bakap dilancar malam ini
Jentera Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan dilancarkan malam ini.
PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang serah senarai pendek nama calon
PKR Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap.
PRN: BN, PKR P. Pinang terima keputusan dengan hati terbuka
BN dan PKR juga akan segera melakukan post mortem untuk kenal pasti kelemahan.
PRN: PKR Pulau Pinang yakin mampu bolot semua 13 kerusi
PKR Pulau Pinang yakin mampu untuk membolot kesemua 13 kerusi yang dipertandingkan parti itu pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).
Hormati keputusan Nurul Izzah - Zuraida
Katanya, beliau percaya keputusan Nurul Izzah itu telah difikirkan secara mendalam dari pelbagai aspek.