awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Kerajaan pertimbang tubuh 'task force' khas pantau SOP COVID-19

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/09/2020
07:12 MYT
PRN Sabah: Kerajaan pertimbang tubuh 'task force' khas pantau SOP COVID-19
Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan PDRM dan ATM jika wujud keperluan untuk menubuhkan task force khas PRN Sabah. - Bernama
Kerajaan mempertimbangkan untuk menubuhkan task force (pasukan bertindak) khas bagi memantau prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Sehubungan itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), jika wujud keperluan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, pada ketika ini, PDRM dan ATM masih menjalankan penguatkuasaan menerusi sekatan jalan raya dan pemeriksaan seperti biasa.
"Cuma buat masa ini di kawasan-kawasan jangkitan (COVID-19) tinggi seperti Tawau dan Lahad Datu kita tingkatkan pemantauan dan sekatan," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Ismail Sabri sekali lagi menjelaskan warga asing yang mempunyai pasangan warganegara Malaysia dibenarkan memasuki negara ini.
Beliau berkata, kebenaran itu terpakai kepada individu-individu yang memiliki visa pasangan.
Bagaimanapun katanya, mereka masih tertakluk kepada kuarantin wajib 14 hari.
Ketika ditanya mengenai SOP di pusat tahanan, beliau menjelaskan, semua tahanan baharu akan melakukan ujian calitan (swab test) sebelum dibenarkan masuk.
"Walaupun negatif, kita akan asing daripada tahanan lama dan baharu seperti mana kita lakukan di empat depoh tahanan imigresen pada ketika kes COVID-19 meningkat," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#COVID-19
#Imigresen
#Lahad Datu
#PDRM
#Visa
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan