awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Kontroversi Mohamaddin, Shafie Apdal mohon maaf

Assim Hassan
Assim Hassan
22/09/2020
04:51 MYT
PRN Sabah: Kontroversi Mohamaddin, Shafie Apdal mohon maaf
Mohd Shafie mohon maaf secara terbuka susulan kenyataan Mohamaddin menghina pasukan keselamatan ketika Op Daulat 2013 di Lahad Datu. - Gambar fail
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon maaf secara terbuka susulan kenyataan pemimpin parti itu menghina pasukan keselamatan ketika Op Daulat 2013 di Lahad Datu.
Mohd Shafie menyifatkan perkara itu telah dikeluarkan secara spontan yang disalah erti tanpa niat untuk menghina perajurit negara.
"Saya selaku Presiden Parti Warisan Sabah dan Ketua Menteri Sabah ingin memohon maaf kepada setiap anggota keselamatan, ahli keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan seorang pemimpin parti baru-baru ini.
"Kenyataan beliau yang dikeluarkan secara spontan telah disalah erti dan sama sekali tidak berniat untuk menghina perjuangan para perajurit dan anggota keselamatan kita yang mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan rakyat dan negara ini," katanya.
BACA: Mohamaddin Ketapi jawab isu dakwa pencerobohan Lahad Datu 'sandiwara'
Mohd Shafie menambah, beliau memahami keperitan yang ditempuh petugas keselamatan memandang beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pertahanan.
"Setiap anggota yang berada di perbatasan bukan sahaja bersedia mengorbankan nyawa demi keselamatan rakyat Malaysia, malah mereka juga terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga sepanjang tempoh bertugas," kata Mohd Shafie demikian dalam kenyataan media pada Selasa.
BACA: Mohamaddin dakwa pencerobohan Lahad Datu suatu sandiwara
BACA: Anifah kecewa Mohamaddin dakwa pencerobohan Lahad Datu 'sandiwara'
Baru-baru ini, video calon Warisan di DUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi tular di media sosial, ketika berceramah di Kampung Wawasan Lahad Datu mendakwa pertempuran di Tanduo adalah sebagai 'sandiwara'.
Dalam pada itu, Mohd Shafie turut menjelaskan selaku Ketua Menteri Sabah, beliau amat memahami keperitan pasukan hadapan dalam menghadapi pandemik Covid-19.
"Atas rasa tanggungjawab itu saya telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta dana kerajaan negeri untuk diagih-agihkan kepada semua frontliners termasuk RM1 juta kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RM1 juta kepada Kem Lok Kawi. Sumbangan ini tidak dilakukan di mana-mana negeri di Malaysia.
"Jumlah tersebut tidaklah banyak jika dibandingkan dengan risiko dan pengorbanan wira-wira negara ini, namun itu membuktikan komitmen Kerajaan Sabah meskipun agensi keselamatan di bawah bidang kuasa Persekutuan," katanya.
Topic Berkaitan
#kontroversi
#Lahad Datu
#Mohammadin Ketapi
#Parti Warisan Sabah
#pencerobohan
#Politik Sabah
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#sandiwara
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan