awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: MMA gesa pemimpin politik, pengikut di Sabah patuhi SOP

Bernama
Bernama
22/09/2020
22:07 MYT
PRN Sabah: MMA gesa pemimpin politik, pengikut di Sabah patuhi SOP
Ganabaskaran bimbang dengan rakyat Sabah yang pulang ke kampung halaman untuk mengundi
Pemimpin politik dan pengikut masing-masing di Sabah dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal semasa perhimpunan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri, 26 Sept ini.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr N. Ganabaskaran berkata pemimpin politik harus menunjukkan teladan yang baik dengan mengutamakan kesejahteraan kesihatan orang ramai susulan peningkatan berterusan kes positif COVID-19 di Sabah.
"Kami menggesa pihak berkuasa untuk lebih tegas dalam menguatkuasakan SOP terbabit dan memastikan semua pihak termasuk pemimpin politik mematuhi sepenuhnya kesemua SOP," menurutnya dalam kenyataan.
Beliau berkata jika ketidakpatuhan terhadap SOP berterusan, kes jangkitan itu akan terus meningkat dan merebak ke seluruh negeri tersebut manakala pihak berkuasa tidak mempunyai pilihan selain melaksanakan perintah berkurung di seluruh Sabah.
Selain itu, beliau bimbang dengan rakyat Sabah yang pulang ke kampung halaman untuk mengundi, justeru MMA percaya tindakan mewajibkan mereka menjalani kuarantin mungkin perlu dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga kerana terdapat risiko orang ramai akan menjadi leka selepas kembali ke tempat asal masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jaga jarak
#jangkitan
#kes positif
#kesihatan
#ketidakpatuhan
#koronavirus
#kuarantin
#leka
#Malaysia
#MMA
#operasi
#patuh SOP
#pelitup muka
#pemimpin
#perhimpunan
#perintah berkurung
#perubatan
#pilihan raya
#politik
#rakyat
#Sabah
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan