awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Penjawat awam di zon merah diarah kuarantin wajib 14 hari

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2020
13:50 MYT
PRN Sabah: Penjawat awam di zon merah diarah kuarantin wajib 14 hari
Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, semua ketua organisasi perlu mengeluarkan arahan kepada kakitangan mereka yang mengundi di zon merah berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah mengarahkan semua penjawat awam yang akan mengundi di empat lokasi zon merah COVID-19 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, esok diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.
Empat lokasi tersebut adalah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak.
Ketua Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, semua ketua organisasi perlu mengeluarkan arahan kepada kakitangan mereka yang mengundi di zon merah berkenaan.
“Ketua organisasi juga perlu mengeluarkan surat arahan bekerja dari rumah kepada kakitangan berkenaan mulai dari 27 September.
“Semua penjawat awam hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat malam.
Mengulas lanjut, Rosmadi berkata, kegagalan kakitangan mematuhi SOP, peraturan dan arahan tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.
Seramai lebih 1.1 juta pengundi berdaftar akan menjalankan tanggungjawab dalam PRN ke-16 pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#kakitangan awam
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#pilihan raya negeri
#PRN Sabah
#Sabah
#Sabah Memilih
#SOP
#zon merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan