PRN Sabah: Rundingan kerusi hampir selesai, 80 peratus calon muka baharu - Zahid

AHMAD ZAHID: Ya, hampir selesai. Saya kata hampir 95 peratus, Saya akan mengumumkannya apabila saya terbang ke Kota Kinabalu pada minggu depan. -Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 95 peratus perbincangan mengenai rundingan kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah selesai.
Ringkasan AI
- 95 peratus perbincangan rundingan kerusi PRN Sabah ke-17 telah selesai, melibatkan PH yang kini sekutu BN; pengumuman rasmi akan dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kunjungannya ke Sabah.
 - PRN kali ini akan menyaksikan 80 peratus calon muka baharu bertanding; BN dan PH telah memuktamadkan pembahagian kerusi bagi mengelakkan pertembungan di antara kedua-dua gabungan itu.
 - Parti Warisan, di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, memilih untuk bertanding secara solo dalam PRN ke-17 Sabah tanpa bergabung dengan mana-mana parti; SPR menetapkan 29 November sebagai hari pengundian.
 
Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa PRN kali ini akan menyaksikan 80 peratus calon muka baharu yang akan bertanding.
Pada 19 Oktober, Zahid berkata BN dan PH telah memuktamadkan pembahagian kerusi pada PRN kali ini bagi memastikan tiada pertembungan di antara kedua-dua gabungan itu.
BN sebelum ini memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, yang diadakan pada 26 September 2020, manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menguasai 37 ADUN.
PH pula merebut sembilan kerusi.
Pada 3 November, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa gabungannya akan meneruskan kerjasama dengan PH.
Parti Warisan pada kali ini menetapkan pendirian untuk tidak bergabung dengan mana-mana pihak lain dalam usaha membentuk kerajaan negeri selepas PRN ke-17.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan Warisan yakin mampu membentuk kerajaan sendiri dengan bilangan kerusi yang mencukupi tanpa perlu kerjasama parti lain.
Sehubungan itu, parti pimpinan beliau memilih untuk bergerak secara solo dan bertanding di kesemua 73 kerusi DUN.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian, manakala penamaan calon pada 15 November dan pengundian awal pada 25 November.
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 kerusi dipertandingkan, manakala enam lagi dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah kadar penyelesaian perbincangan mengenai rundingan kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang telah diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi? A: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa 95 peratus perbincangan mengenai rundingan kerusi untuk PRN Sabah ke-17 telah selesai.
 - Q: Apakah jumlah calon muka baharu yang akan bertanding dalam PRN kali ini menurut kenyataan Ahmad Zahid? A: Ahmad Zahid mengesahkan bahawa PRN ke-17 akan menyaksikan 80 peratus calon muka baharu yang akan bertanding.
 - Q: Apakah tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi PRN Sabah ke-17 yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)? A: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 15 November dan pengundian pada 29 November bagi PRN Sabah ke-17.
 - Q: Berapakah jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dipertandingkan dalam PRN ke-17? A: DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, di mana 73 kerusi akan dipertandingkan dalam PRN ke-17.
 - Q: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan meneruskan kerjasama dengan siapa dalam PRN Sabah ke-17? A: Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, telah menegaskan bahawa gabungannya akan meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Sabah ke-17.
 

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

