Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba Sekolah Kebangsaan (SK) Bubul di sini untuk membuang undi kira-kira jam 8.05 pagi ini.
Beliau ditemani isteri, Datin Shuryani Shuaib, dan mengundi di saluran satu di Pusat Daerah Mengundi berkenaan.
Diminta mengulas suasana pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung hari ini, beliau memberitahu media, jumlah yang hadir mengundi pagi ini kelihatan sedikit kurang daripada kebiasaan.
"Saya melihat terdapat sedikit berkurangan dari segi jumlah pengundi yang hadir pagi ini, kemungkinan disebabkan pandemik COVID-19.
"Pengundi dari luar, yang tinggal luar Semporna, juga dilihat sukar untuk balik. Biasanya jam begini sudah lebih atau hampir 70 peratus jumlah pengundi yang keluar mengundi," katanya.
Beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang beredar keluar sekitar jam 8.28 pagi dan difahamkan akan melawat ke pusat mengundi lain.
Mohd Shafie ditentang empat lagi calon iaitu Norazman Utoh Nain (Perikatan Nasional), yang juga anak buahnya, serta D Pg Ahmad Datu Ali Alam (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan Madjalis Lais (Parti Cinta Sabah).
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pemilih berdaftar di DUN Senallang adalah 14,336 orang, DUN Bugaya (20,267) dan DUN Sulabayan (14,012).
Ridzal Abdullah, Petrus Bernard
Sat Sep 26 2020
Mhohd Shafie mengundi di saluran satu di Pusat Daerah Mengundi di SK Bubul, Semporna. - Facebook Shafie Apdal
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
PRN Sabah: Shafie Apdal undi di SK Bubul, Semporna
Shafie ditemani isteri beliau, Datin Shuryani Shuaib, dan mengundi di saluran satu di Pusat Daerah Mengundi berkenaan.
PRN Sabah: Dulu lawan sepupu, kini Mohd Shafie bakal lawan anak buah
Mohd Shafie antara lain bakal dicabar calon Perikatan Nasional (PN) yang juga anak buahnya sendiri, Norazman Utoh Nain yang juga Naib Ketua Bersatu Bahagian Semporna.
'Kita nak bela Sabah, bukan bela adik, bela sepupu'
Mohd Shafie berkata tidak timbul isu tergores hati di sebalik perjuangan dan pendapat yang berlainan, malah terdapat sempadan yang ditetapkan oleh mereka dalam memperjuangkan agenda masing-masing.
Pertembungan sepupu satu lawan satu di DUN Senallang, Semporna
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan bertemu sepupunya, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran dalam pertembungan satu lawan satu bagi merebut kerusi DUN Senallang.