SONG: Melihat kepada potensi tanah dan yang sesuai di Song dan permintaan pasaran yang tinggi terhadap biji kopi, seorang usahawan tani nekad mencuba nasib mengusahakan tanaman pokok kopi liberica.
Ayong Andam, yang merupakan bekas guru tidak menoleh ke belakang dalam usahanya menjadikan pekan itu sebagai hab pengeluar kopi terbesar di negeri itu.
Ketika ditemui Astro AWANI, Ayong juga berkongsi aspirasinya dalam melahirkan lebih ramai usahawan tani baharu di sana sebagai usaha meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Ujarnya idea pengusahaan tersebut direalisasikan selepas kajian dilakukannya mendapati Malaysia banyak mengimport biji kopi dari negara jiran termasuk Indonesia dan Vietnam.
“Bila saya melakukan kajian, saya dapati Malaysia mengimport kopi 98 peratus daripada negara jiran daripada Vietnam dan Indonesia yang terbesar sekali adalah Indonesia 48 peratus.
“Jadi kalau dibandingkan di dunia memang kita jauh ketinggalan oleh yang demikian inspirasi saya mula datang apabila mengetahui bahawa kita ada peluang yang begitu besar untuk kita mengusahakan tanaman ini,” katanya.
Ayong yang baru berjinak-jinak dalam tanaman itu berkata, dia kini selesai menanam lebih seribu anak pokok kopi liberica di tanah seluas lima hektar miliknya dan dijangka akan membuahkan hasil dalam tempoh dua tahun.
Untuk itu, besar impiannya untuk membawa lebih ramai usahawan tani baharu khususnya melibatkan komuniti di rumah panjang dan belia untuk turut serta dalam projek penanaman itu.
Ini kerana tanaman tersebut tidak memerlukan rutin penjagaan yang rumit seperti tanaman-tanaman lain dan dijangka akan memberi pulangan yang besar kepada pengusahanya.
“Saya mahu hasil tanaman ini mampu dijana dari masa ke masa dan bercita-cita untuk jadikannya sebagai satu tanaman komuniti.
“Justeru saya libatkan komuniti di Song untuk mereka bersama-sama menanam kopi supaya kita dapat membuat memberi bekalan yang cukup untuk kilang suatu hari nanti.
“Sekarang syukur kerana sudah ada yang berminat dan ketika ini sudah ada 19 peserta dari rumah panjang yang menyertai program ini,” ujarnya.
Antara lain, Ayong juga mempunyai misi besar dalam dalam melatih dan melahirkan coffee master dalam kalangan belia di Song selain mewujudkan sebuah mini bar berhampiran ladang kopinya.
Ini ujarnya bagi membolehkan mereka punya potensi dan peluang untuk mencari peluang pekerjaan di outlet kopi terkemuka di bandar-bandar utama seluruh negara.
“Selain daripada tanam kopi, bagi golongan belia, saya nak mereka terlibat dalam pemprosesan, pembungkusan dan selepas itu juga nak melatih mereka dalam aspek pengedaran.
“Selain itu juga, saya ingin melatih mereka untuk menjadi barista dan coffee master kerana trend minum kopi ini semakin mendapat tempat di kalangan belia.
“Untuk itu, saya merancang untuk melatih dan menjadikannya mereka sebagai barista dan coffee master yang hebat dan mampu menjana lebih pendapatan di bandar-bandar besar,” tambahnya lagi.
Mengakhiri perbualan, Ayong juga menitipkan hasrat agar perusahaan ini juga akan mampu membuka mata pihak luar akan potensi yang dimiliki oleh pekan kecil Song.
Malah dia juga tekad menjadikan biji kopi hasil tuaian ladangnya akan mampu dieksport ke seluruh negara malah bandar-bandar besar lain di seluruh Asia.
Syafik Shukri Jalil
Thu Dec 16 2021
Ayong juga menitipkan hasrat agar perusahaan ini juga akan mampu membuka mata pihak luar akan potensi yang dimiliki oleh pekan kecil Song. - Astro AWANI
EU laksana cukai 38.1 peratus kenderaan EV dari China
Suruhanjaya Eropah (EC) menetapkan keputusan untuk mengenakan cukai 38.1 peratus terhadap import kereta elektrik (EV) dari China. Keputusan itu akan dilaksanakan bermula bulan hadapan yang mana suruhanjaya ini menjangkakan respon balas dari China.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Jun 2024.
Proton rancang lancar lima model EV di bawah jenama e.MAS
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berkata model EV pertama di bawah jenama baharu itu dijangka dilancarkan menjelang tahun 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek bunuh wartawan Belanda dipenjara 28 tahun
Ketiga-tiga suspek yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan wartawan warga Belanda, Peter R. de Vries pada 2021, menerima padah akibat perbuatan mereka itu, sekali gus sekurang-kurangnya membawa keadilan buat ahli keluarga mangsa. Hukuman itu diputuskan mahkamah terhadap kesemua suspek lelaki berkenaan selepas perbicaraan mengenai kes wartawan selebriti itu selesai pada Rabu.
Israel diserang, lebih 90 roket dilepaskan dari Lubnan
Tentera Israel mendakwa lebih 90 roket dilepaskan dari Lubnan ke utara Israel pada Rabu, selepas serangan rejim Zionis membunuh seorang komander kanan Hizbullah di selatan Lubnan pada hari sebelumnya.
Terima khabar isteri telah tiada semasa di hadapan Kaabah
Suami yang memohon pengakhiran terbaik untuk isteri beberapa jam sebelum ketiadaannya redha bahawa apa yang terbaik sebagaimana didoakannya di hadapan Kaabah ialah kematian isterinya itu.
Sampel kanak-kanak disyaki maut akibat keracunan makanan sedang dianalisis - Kimia Malaysia
Bahagian Toksikologi Pusat Analisis Sains Forensik Jabatan Kimia Malaysia (Kimia Malaysia) sedang menganalisis sampel darah mangsa berusia dua tahun yang mati disyaki akibat keracunan makanan.
Buat laporan palsu diragut, suri rumah didenda RM1,200
Mahkamah Majistret hari ini menjatuhi hukuman denda RM1,200 ke atas seorang suri rumah yang mengaku membuat laporan polis palsu bahawa dia telah diragut oleh dua individu.
Bekas pengarah dipilih wakili Kerajaan Perpaduan
Pengumuman dibuat Pengarah Pilihan Raya Perpaduan yang juga Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli pada majlis pengumuman calon Perpaduan di Simpang Ampat, Nibong Tebal pada Rabu malam.
PRN Sarawak: Ayong Andam nekad jadikan Song sebagai hab pengeluaran kopi terbesar di Sarawak
Ayong Andam, yang merupakan bekas guru tidak menoleh ke belakang dalam usahanya menjadikan pekan itu sebagai hab pengeluar kopi terbesar di negeri itu.