ASAJAYA: Tiada pusat kemahiran dan kilang memaksa para belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya memilih untuk berhijrah ke bandar-bandar besar.
Rata-rata anak muda yang ditemui Astro AWANI mahu perkara ini ditangani kerajaan sekali gus menjadi agenda utama wakil rakyat yang dipilih selepas 18 Disember 2021 nanti.
Pewujudan kilang dan pusat kemahiran itu mampu mengelak para belia berhijrah ke bandar berdekatan seperti Kuching, Samarahan, Sibu dan ke Kuala Lumpur serta Johor Bahru.
Bagi seorang tukang gunting rambut, Mohd Shukri Jawi amat mengharapkan akan ada perancangan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Asajaya.
"Sepatutnya lebih banyak peluang pekerjaan dibuka. Ramai kawan-kawan saya pergi ke Kuching atau Samarahan untuk bekerja.
"Jika ada peluang pekerjaan seperti kilang ka... anak-anak muda ini tidak perlu ke Tabuan Jaya, Kuching dan tempat-tempat lain la," katanya .
Pandangan sama turut diberikan pembantu kedai, Shahrul Shafiq Noh yang mahu peluang pekerjaan disediakan di Asajaya termasuk mengambil kira tangga gaji.
"Saya harap ada kilang di sini (Asajaya) supaya kami tidak pergi ke Samarahan atau Kuching sana mencari kerja," katanya.
Berbeza dengan seorang guru, Awang Rusdi Awang Yusuf yang mahu capaian telekomunikasi dan infrastruktur di kawasan itu ditambah baik.
Mengakui peluang pekerjaan juga kurang di Asajaya, Awang Rusdi mahu perkara ini dapat diatasi oleh wakil rakyat yang bakal dipilih rakyat nanti.
Selain itu, cadangan itu disokong seorang lagi pembantu kedai, Safinas Sajali yang mana capaian telekomunikasi perlu dinaik taraf di Asajaya terutama di kampung-kampung.
"Selain itu saya juga harapkan lebih banyak fasiliti sukan seperti dewan badminton dan padang futsal," katanya.
Mengikut statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih 4,000 anak muda berusia 21 hingga 39 tahun layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Assim Hassan
Tue Nov 30 2021
Anak muda di DUN Asajaya mahu peluang pekerjaan di kawasan itu ditingkatkan bagi mengelak para belia berhijrah ke bandar-bandar besar. - Astro AWANI
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Ukraine lancar peluru berpandu ATACMS ke pangkalan Rusia
Rusia mendakwa Ukraine melancarkan serangan peluru berpandu balistik buatan Amerika Syarikat (AS) jenis ATACMS ke arah sebuah pangkalan udara tentera di kawasan Laut Azov.
PRN Sarawak: Kalau ada kilang, akan ada peluang pekerjaan - Belia DUN Asajaya
Anak muda di DUN Asajaya mahu peluang pekerjaan di kawasan itu ditingkatkan bagi mengelak para belia berhijrah ke bandar-bandar besar.