SRI AMAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga dijangka menyaksikan pertembungan lima penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ini.
Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman berkata, difahamkan ia melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar), Parti Bumi Kenyalang (PBK), serta PSB.
Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan persaingan tersebut, selain bersedia berdepan semua calon termasuk GPS, jika dicalonkan semula di DUN Lingga.
“Saya mengalu-alukan demokrasi tetapi saya tidak setuju kalau rakyat dipolitikkan. Jangan beri harapan kepada rakyat hanya untuk mainan politik anda. Jangan bagi harapan palsu dan kosong kepada rakyat.
“Saya tak nak katakan apa-apa, tetapi bila saya lihat senarai parti dan calon-calon mereka, secara jujurnya kita boleh lakukan,” katanya kepada Astro AWANI, di sini.
Pada PRN Sarawak ke-11, DUN Lingga menyaksikan saingan tiga penjuru antara Wan Abdillah (Bebas); Datuk Simoi Peri (Barisan Nasional); dan Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR).
Simoi menang dengan majoriti 2,943 mengalahkan Wan Abdillah dan Abang Zulkifli.
Ditanya mengenai pencalonan beliau, Wan Abdillah berkata perkara itu akan disahkan pada hari penamaan calon kelak.
Bagaimanapun, beliau akui PSB telah menyenaraikan namanya sebagai calon PRN Sarawak.
“PSB pun mengambil calon, dalam kes saya kerana ‘track record’ saya. DUN Lingga ini saya telah berada (berkhidmat) sekitar tujuh atau lapan tahun sebagai NGO.
“Saya bekerja di sini lama… saya kenal kawasan dan saya tahu apa kekurangan. Saya tidak katakan (wakil rakyat) sekarang atau yang lepas tidak bekerja, atau mungkin berkhidmat berdasarkan kemampuan mereka,” ujarnya lagi.
Tegas beliau, masih banyak penambahbaikan khususnya dari segi pembangunan perlu dilakukan di DUN Lingga.
Malah katanya, ketiadaan Balai Bomba dan Penyelamat di kawasan tersebut turut perlu dipandang serius.
Berhubung prosedur operasi standard (SOP) PRN Sarawak pula, Wan Abdillah berpandangan, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu memberi sedikit kelonggaran berbanding PRN Melaka, termasuk membenarkan kempen rumah ke rumah.
Ini kerana jelas beliau, tidak semua pengundi di 82 DUN di Sarawak menikmati jaringan internet yang baik jika hanya kempen secara dalam talian dilakukan.
“Sejujurnya ia tidak perlu ketat seperti di Melaka (tidak boleh berkempen rumah ke rumah).
“Tidak semua kawasan di Sarawak mendapat capaian internet. Jadi, tiada cara lain untuk anda (calon) menyampaikan mesej kepada rakyat tanpa (SPR) memberikan akses dan kelonggaran sedikit berbanding di Melaka.
“Kelonggaran itu, jika tidak dibenarkan ceramah, tak mengapa. Tetapi sekurang-kurangnya calon boleh berjalan ke kampung dengan had dua atau tiga orang. Tetapi jangan naik ke rumah (pengundi),” jelas beliau.
SPR dijadual mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai PRN Sarawak pada 24 November ini.
Ia termasuk melibatkan tarikh-tarikh penting pilihan raya.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 22 2021
Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman berkata, PSB telah menyenaraikan namanya sebagai calon PRN Sarawak.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.
Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan
Lebih 500 pemerhati antarabangsa dan 150 wakil media dari 50 negara akan menyertai sebagai pemerhati semasa pilihan raya Uzbekistan pada Ahad ini.
Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Mahkota: 38.53 peratus mengundi setakat 2 petang - SPR
Sebanyak 38.53 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK Mahkota: 29.08 peratus mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Proses pengundian di 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan berlangsung sehingga 6 petang ini, selepas dibuka pada 8 pagi tadi.
PRK Mahkota: Calon BN selesai mengundi, seru semua pengundi keluar tunai tanggungjawab
Syed Hussien tiba di pusat mengundi SMK Seri Perdana di Kluang pada 8.54 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.
PRK Mahkota: 8.89 peratus sudah mengundi setakat 9 pagi
Semua 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran dibuka serentak jam 8 pagi, membolehkan 61,274 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab.
PRK Mahkota: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian akan berlangsung sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang.
PRK Mahkota persediaan akhir menjelang hari mengundi lancar
Persiapan untuk hari mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang akan diadakan esok berjalan lancar, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ikmalrudin Ishak.
PRK Mahkota: Proses undi awal berakhir, pusat pengundian ditutup 5 petang
Proses pengundian awal bagi PRK DUN Mahkota tamat apabila tiga pusat ditutup pada 5 petang, setelah dibuka 8 pagi tadi.