KOTA SAMARAHAN: Tapak peninggalan Jepun di Kampung Siniawan di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Muara Tuang, dekat sini antara bukti kedatangan Jepun di negeri Bumi Kenyalang ini pada era Perang Dunia ke-2.
Ia termasuk tokong yang masih utuh menjadikan lokasi tersebut berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancongan.
Menurut Anuar Unid, 49, usaha membangunkan kawasan bersejarah itu telah dimulakan sejak 2007 selepas dia dilantik menjadi Ketua Kampung Siniawan.
Bagaimanapun, hasrat untuk mengekalkan warisan itu daripada ditelan zaman seolah-olah menemui jalan buntu.
“Tempat itu bukan kita nak banggakan (mengenai) orang Jepun tetapi saya nak generasi akan datang lihat kesusahan hidup orang zaman dulu.
“(Zaman dulu) nak pergi ke Kuching, Serian atau hospital pun payah. Makan pun susah.
“Jadi, ini adalah salah satu niat saya sebelum ini untuk bangunkan tempat itu sebagai lokasi yang boleh memberi pulangan kepada penduduk kampung,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Ahad.
Selain tokong, lokasi yang letak kira-kira 20 kilometer dari pekan Kota Samarahan itu turut menempatkan tangki air, penjara, telaga, bekas laluan kereta api serta bahagian kapal wap Jepun.
Bercerita lebih lanjut, Anuar berkata kawasan yang mempunyai nilai warisan yang tinggi itu disifatkan tidak terurus ketika ini.
Tambahnya, Persatuan Jepun-Malaysia pernah melakukan penambahbaikan termasuk membina laluan ke kawasan itu.
Namun, masih banyak kemudahan fasiliti seperti pembinaan pagar dan tangga perlu dinaik taraf demi keselesaan pengunjung.
“Contohnya, kalau kita tak jaga tempat itu dengan baik, kemungkinan berlaku kecurian dan ada (barang) yang hilang,” ujarnya.
Justeru, Anuar berharap pihak berkaitan dapat membangunkan dan mewartakan kawasan peninggalan Jepun itu sebagai warisan.
N.16 DUN Muara Tuang terletak di bawah Parlimen Kota Samarahan.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, DUN Muara Tuang dimenangi oleh Datuk Idris Buang (Barisan Nasional) dengan undi 10,086.
Beliau menewaskan calon daripada parti Amanah, Abang Abdul Abang Naili dan Zulkipli Ramzi dari Pas.
Hasimi Muhamad
Sun Nov 07 2021
Anuar Unid berdiri di hadapan salah satu struktur peninggalan Jepun di Kampung Siniawan, Muara Tuang. - Foto Astro AWANI
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Air pasang besar: Lebih 40 kampung berhampiran sungai, pantai berisiko
Lebih 40 kampung berhampiran muara sungai dan pantai di Terengganu berisiko dan terkesan mengalami banjir susulan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda negeri itu.
Pelanggan ChatGPT Plus, Pro kini boleh berinteraksi melalui video dengan chatbot
Pengguna boleh melakukan panggilan video untuk berinteraksi bersama ChatGPT dan ia boleh memahami apa yang dirakam dengan kamera termasuk persekitaran dan juga emosi pengguna.
444 mangsa terjejas di empat negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara kini melibatkan 444 mangsa setakat jam 11 tengah hari, Jumaat.
Menurut kemas kini terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 127 keluarga kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Menurut kemas kini terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 127 keluarga kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.