BETONG: Tiada yang diharapkan penduduk di Rumah Panjang Muman Spak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar, di Betong.
Permintaan mereka agar kerajaan dapat membuka mata terhadap nasib mereka.
Keadaan pandemik COVID-19 lebih memburukkan jurang ketidaksamaan peluang dan sumber dalam kalangan masyarakat khususnya dari segi taraf hidup termasuk pekerjaan, kesihatan dan pendidikan berkualiti.
Menurut penduduk di kawasan berkenaan, jurang pendidikan di kawasan itu semakin melebar, apatah lagi masalah kekangan jaringan internet yang amat jarang diberi perhatian.
Bukan mahu melayari hiburan sebaliknya, jika diberi jaringan internet, ibu bapa di kawasan itu berharap agar anak-anak mereka dapat menjalani pembelajaran secara norma baharu - pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PdPR) yang lebih berkualiti.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati, bagi meneruskan pendidikan, pelajar dari rumah panjang itu terpaksa mendaki bukit di belakang rumah hanya untuk mendapatkan jaringan internet agar mereka tidak tercicr dari mengikuti sesi PdPR.
Sosioekonomi penduduk rumah panjang yang kebanyakannya membanting tulang menyembah bumi sebagai pekebun itu turut memberi kekangan kepada anak-anak tempatan untuk mendaki bukit tanpa pengawasan ibu bapa mereka.
Bagi Ulin Philip, 40 tahun dia terpaksa berkorban untuk anaknya tidak dapat mengikuti PdPR memandangkan dia sibuk mencari rezeki di kebun. Tiada sesiapa yang boleh menghantar anaknya mendaki bukit bagi mendapatkan signal internet.
"Paling susah ialah tiada liputan telefon dan internet di sini, ini menyusahkan anak-anak sekolah untuk ikuti PdPR ... terpaksa hantar pergi bukit untuk cari liputan.
"Bukan itu sahaja, macam saya yang kerja kebun kadang-kadang tidak dapat hantar anak pergi bukit. Jadi dia (anak) akan ponteng kelas PdPR," katanya ketika ditemui di Rumah Panjang Muman Spak, di sini, baru-baru ini.
Pandangan sama turut diberikan Andrew Ikom Jelaing, 32, yang merayu agar kerajaan memberi perhatian kepada nasib penduduk di kawasan itu.
Katanya, kemudahan asas lain seperti elektrik dan air tidak menjadi masalah sebaliknya jaringan internet yang teruk menyusahkan anak-anak mereka.
"Untuk jangka masa pendek, kalau boleh sediakan perkhidmatan wiFi bagi membolehkan anak-anak kami belajar tanpa perlu mendaki bukit.
"Selain itu, saya berharap kerajaan dapat membantu kami dengan memberi bantuan atau mengurangkan harga baja untuk tanaman lada. Ini kerana harga baja sudah meningkat dan harga lada pula menurun. Hal ini menambah beban kami di sini," katanya.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN SARAWAK DI SINI
Berbeza pula dengan Suti Jelepang kerana kemahuannya agar kerajaan dapat membaik pulih pintu-pintu rumah yang uzur di rumah panjang mereka selain bantuan baja untuk tanaman lada yang diusahakan.
"Kalau boleh baik pulih rumah kami bagi cantik selain sediakan bekalan air kerana sekarang kami menggunakan air sungai untuk aktiviti seharian," katanya.
Sementara itu, bagi Datuk Gerald Rentap Jabu, calon GPS di DUN Layar yang juga bekas ADUN di kawasan itu berkata, beliau sentiasa berbincang bersama Sarawak Multimedia Authority (SMA); Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi melihat kepada capaian internet di DUN tersebut.
Menurut kerajaan negeri di bawah SMA ada menyediakan jaringan internet luar bandar seperti Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN).
"Keadaan geografi di luar bandar memberi cabaran kepada kita tetapi ini tidak bermakna kita mengabaikan tanggungjawab ini.
"Kita akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk syarikat telekomunikasi dan kita mengharapkan MySRBN dan VSAT ini dapat digunakan dahulu bagi memastikan setiap penduduk dapat sekurang-kurangnya capaian internet.
Rumah Panjang Muman Spak antara 92 rumah panjang yang ada di kawasan DUN Layar, Betong.
Pada PRN11 lalu, Gerald memenangi 3,931 undi menewaskan calon PKR, Vernon Albert Kedit dalam pertandingan satu lawan satu dengan memperoleh majoriti 1,428 undi.
Assim Hassan
Tue Dec 07 2021
Para ibu bapa di Rumah Panjang Muman Spak, Betong berharap agar kerajaan prihatin terhadap masalah jaringan internet yang memberi kesan kepada lati PdPR anak-anak mereka. - Foto Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.