awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Tidak mahu pisang berbuah dua kali

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/06/2021
08:09 MYT
PRN Sarawak: Tidak mahu pisang berbuah dua kali
Jeniri Amir berkata, kesan Pilihan Raya Sabah ke atas kesihatan rakyat seharusnya diambil sebagai teladan yang wajib dipelajari semua. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penangguhan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sehingga 1 Ogos depan disifatkan sebagai keputusan tepat dalam mengelakkan insiden pisang berbuah dua kali.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir berkata, kesan PRN Sabah ke atas kesihatan rakyat seharusnya diambil sebagai teladan yang wajib dipelajari semua.
"Saya fikir tindakan ini relevan dan bersesuaian dengan keadaan semasa.
"Kita harus ingat jika pilihan raya (Sarawak) dibenarkan, kita bimbang bahawa apa yang berlaku di Sabah akan berulang di Sarawak.
"Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Kepada pihak-pihak yang melihat ia sebagai alasan untuk menangguh PRN semata-mata, Jeniri mengingatkan mereka tentang kepentingan mengimbangi kuasa politik dan ancaman kesihatan.
Menurutnya, mandat politik tidak seharusnya mendepani nyawa manusia.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, tidak akan ada pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, selagi dalam tempoh pelaksanaan darurat.
Beliau menjelaskan, ini kerana Ordinan Darurat mengatasi kuasa Perlembagaan Persekutuan dan Persekutuan Negeri.
Maka katanya, DUN Sarawak akan terus berfungsi dan kekal relevan.
"PRN Sarawak hanya akan diadakan dalam tempoh 60 hari sekiranya darurat ditamatkan selepas 1 Ogos ini.
"Jika darurat dilanjutkan ia membawa maksud tempoh DUN akan ditangguh ke satu lagi tarikh yang akan diputuskan nanti mengikut Ordinan Darurat," jelasnya.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#PRN Sabah
#darurat
#ditangguh
#Yang di-Pertuan Agong
#Ordinan Darurat
#Perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan