SHAH ALAM: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara kerusi panas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.
Malah, DUN Batu Tiga ini juga merupakan antara kerusi marginal dalam kajian ENDEAVOUR-MGC (EMGC) berhubung sentimen dan saingan di antara parti politik.
Astro AWANI turun ke lapangan mendekati tiga calon daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
PN mempertaruhkan calon 'heavyweight' iaitu bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun untuk merampas kerusi disandang PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Bagi Rina, meskipun mempunyai kelebihan namun usaha mendekati pengundi terus dijalankan sepanjang tempoh berkempen yang berbaki lima hari lagi.
"Saya kira semua calon ada kelebihan masing-masing, sebab itu saya tetap usaha berjumpa para pengundi untuk meyakinkan kali ini jangan pilih yang lain, kecuali PN.
"Sebab saya kira banyak pengalaman saya dapat sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Bila turun di Batu Tiga, saya nampak ada banyak ruang boleh kita tambah baik demi untuk kesejahteraan rakyat di DUN Batu Tiga," katanya.
Sementara itu, bagi calon PH, Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid, pengalaman sebagai Ahli Majlis di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberi kelebihan untuknya mendalami dan menyelesaikan isu-isu rakyat.
Ujarnya, pelbagai perubahan dari sudut infrastruktur dan ekonomi sosial boleh dibuat di DUN Batu Tiga sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos ini.
"Berbanding pesaing lain, saya berkhidmat sebagai ahli majlis MBSA dan saya sangat memahami sistem kerajaan dan mudah untuk saya mengendalikan apa sahaja isu di Batu Tiga.
"Mungkin kita faham Kerajaan Tempatan banyak menyediakan kemudahan infrastruktur, kerajaan negeri pula menyediakan kemudahan lebih besar.
"Jadi atas pengalaman dan akses sebegitu, saya jauh meninggalkan rakan lawan yang lain," katanya.
Sementara itu, calon MUDA, Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen atau lebih dikenali sebagai Cheda Razak pula berpandangan sebagai anak tempatan, pelbagai perubahan boleh dibawa ke Batu Tiga.
"Saya anak tempatan, saya lahir di sini, saya tahu masalah sini, saya kenal orang Batu Tiga.
"Membesar atau tidak di sini, saya rasa tidak jadi isu, sebab yang penting kita jalankan tugas dan tanggungjawab kita.
"Yang penting buat kerja ambil isu dan dengar masalah rakyat dan teruskan berkhidmat," katanya.
Jelasnya, Batu Tiga perlu mendapat pelbagai manfaat setanding DUN Kota Anggerik di Parlimen Shah Alam.
"Satu saya nak kongsikan hari ini, miskin bandar. Banyak orang kata kenapa Batu Tiga tak seimbang dengan Kota Anggerik, tetapi dua-dua DUN ini di bawah Shah Alam.
"Orang fikir Kota Anggerik tempat bagi golongan T20, Batu Tiga pula penduduk B40. Pembangunan ekonomi sejajar cuba kita capai dan bawakan kepada masyarakat Batu Tiga," katanya lagi.
Seramai 75,486 pengundi berdaftar di bawah DUN Batu Tiga akan menunaikan tanggungjawab mengundi pada 12 Ogos ini.
Fareez Azman
Sun Aug 06 2023
Calon PRN Selangor DUN N.41 Batu Tiga (dari kiri) Saiyidah Izzati (MUDA), Danial Al Rashid (PH) dan Rina (PN).
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
PRN: Rina Harun tersungkur lagi, tewas di DUN Batu Tiga
Danial menang dengan majoriti 3,382 undi.
PRN Selangor: Isu pembangunan Batu Tiga jadi fokus Rina, Danial dan Cheda
Pelbagai perubahan dari sudut infrastruktur dan ekonomi sosial boleh dibuat di DUN Batu Tiga sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos ini.