ALOR SETAR: Serangan secara berlebihan oleh Pakatan Harapa (PH) dan Barisan Nasional (BN) ke atas Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) akhirnya hanya memakan diri sendiri, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Menurut Pengarah Pilihan Raya PN itu, kemenangan yang dicapai oleh PN di Kedah menjadi bukti rakyat berpuas hati dengan pencapaian gabungan berkenaan sepanjang tiga tahun menerajui negeri Jelapang Padi itu.
"Serangan PH-BN telah makan diri dan mereka seperti membutakan mata dan pekakkan telinga terhadap pencapaian PN selama tiga tahun.
“Mereka (PH-BN) telah dihukum kerana rakyat sudah melihat pencapaian yang dibuat oleh PN," kata Muhammad Sanusi dalam sidang media di Kompleks Pas Kedah, pada awal pagi Ahad.
Beliau yang juga Menteri Besar Sementara Kedah menegaskan, kemenangan PN di Kedah juga sekali gus membuktikan penubuhan kerajaan Kedah pada 17 Mei 2020 bukanlah secara ‘tebuk atap’ sepertimana yang sering dicanang pihak lawan.
"Dakwaan bahawa kerajaan yang bertukar pada 17 Mei 2020 (PN) itu adalah kerajaan 'tebuk atap' hari ini telah terbukti sebenarnya kita masuk ikut 'pintu depan' (kerajaan sah).
"Pintu depan kali ini terbuka dengan lebih luas dengan sokongan dan undi yang diberikan oleh rakyat Kedah,” ujar Muhammad Sanusi lagi.
Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, peningkatan jumlah kerusi yang dimenangi PN pada PRN15 kali ini juga menjadi isyarat yang jelas kepada kerajaan Persekutuan.
"Mereka (PH-BN) guna semua agensi kerajaan untuk untuk beri tekanan terhadap kerajaan negeri supaya mereka boleh rampas.
"Apabila berlaku satu saja kekalahan di sesuatu kerusi maka mereka sebenarnya sudah tewas apatah lagi banyak kerusi yang mereka tewas sebenarnya rakyat telah tolak mereka," katanya lagi.
Beliau dalam masa sama menggesa semua ADUN yang dipilih agar agar memberikan tumpuan terhadap mandat yang telah diberikan selain mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap PN.
PN Kedah memperoleh kemenangan besar selepas berjaya membolot 33 kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi yang dipertandingkan pada PRN15 kali ini.
Parti itu bagaimanapun hanya tewas tiga kerusi masing-masing terdiri daripada Kota Darul Aman (PH-DAP), Bakar Arang (PH-PKR) dan juga Sidam (PH-PKR).
Hilmi Malik
Sun Aug 13 2023
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjawab soalan wartawan pada sidang media di Kompleks Pas Kedah, pada awal pagi Ahad. - Gambar Astro AWANI
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.