GEORGE TOWN: Tiada isu atau masalah berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kalangan parti gabungan Kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.
Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beberapa rundingan yang dijalankan di antara kedua-dua parti itu telah mencapai keputusan yang baik malah turut berjaya mencapai beberapa persetujuan bersama bagi memastikan dapat mempertahankan Pulau Pinang.
"Proses rundingan bermula di negeri ini dan kami telah mengadakan beberapa pertemuan bagi membincangkan pembahagian kerusi, sehingga dua tiga minggu lepas hanya satu kerusi DUN Pulau Pinang masih belum mencapai persetujuan manakala yang lain telah dipersetujui bersama.
"Saya yakin sekarang ini satu kerusi itu telah berjaya mencapai persetujuan kerana rundingan itu dibuat di peringkat Pusat oleh kepimpinan PH dan BN, lambat laun kita akan tahu keputusannya... ia (rundingan) telah di peringkat akhir.
"Cuma setakat ini saya tidak boleh buat apa-apa pengumuman lagi berhubung pembahagian kerusi tetapi secara dasarnya kita (PH dan BN) telah berjaya mencapai persetujuan berhubung perkara itu," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.
Chow yang juga Ketua Menteri berkata, DAP juga secara dasarnya akan kekal bertanding di 19 kerusi DUN Pulau Pinang kerana ia merupakan kerusi penyandang ahli-ahli DUN parti itu.
"Dari awal lagi, penyokong DAP menganggap kami (DAP) perlu kekalkan 19 kerusi penyandang di Pulau Pinang dan itu yang kami sudah rundingkan, sebarang persetujuan yang dibuat adalah sempurna," katanya.
Beliau berkata, ketika ini, pihaknya telah masuk ke peringkat pemilihan calon dan DAP telah menemu bual 30 bakal calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
"Selain senarai penyandang, kami juga telah temu bual seramai 30 orang bakal calon...malah kami juga tidak tetapkan jumlah bagi calon wanita walaupun secara dasarnya (calon wanita) 30 peratus, sama ada cukup bilangan atau tidak kita tunggu nanti (pengumuman calon)," katanya.
Katanya, gabungan itu juga tidak menetapkan sesiapa sebagai poster boy di Pulau Pinang kerana sejak tiga pilihan raya yang lepas memang tidak pernah menampilkan poster boy.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu lepas telah menetapkan PRN di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan dijalankan serentak pada 12 Ogos.
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang memiliki 40 kerusi, dibubarkan pada 28 Jun untuk memberi laluan kepada PRN. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
Menurut Chow Kon Yeow berkata, beberapa rundingan yang dijalankan di antara PH dan BN telah mencapai keputusan yang baik malah turut berjaya mencapai beberapa persetujuan bersama bagi memastikan dapat mempertahankan Pulau Pinang. - Gambar fail
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.