awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Tiga ADUN PKR gugur, Aminuddin kekal

Sinar Harian
Sinar Harian
23/07/2023
04:55 MYT
PRN: Tiga ADUN PKR gugur, Aminuddin kekal
Diew Ching, Ravi dan Mohamad Rafie digugurkan sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Negeri Sembilan digugurkan sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Mereka ialah penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung, Datuk M Ravi yang merupakan Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan; penyandang DUN Ampangan, Datuk Mohamad Rafie Ab Malek yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan serta penyandang DUN Chuah, Datuk Michael Yek Diew Ching.
Tempat mereka diganti dengan muka baharu iaitu masing-masing Dr Rajasekaran, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman dan Yew Boon Lye, manakala di DUN Pilah pula menampilkan calon wanita, Nur Zunita Begum menggantikan Mohamad Nazaruddin Sabtu yang tidak sihat.
Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pula terus dipertaruhkan untuk mempertahankan DUN Sikamat begitu juga penyandang DUN Labu, Ismail Ahmad yang merupakan Exco Pembangunan Luar Bandar.
Sementara itu, pengguguran nama tiga bekas ADUN berkenaan sememangnya sudah dijangka dari awal kerana kerap dilihat mengkritik kepimpinan Aminuddin sama ada dalam parti atau kerajaan negeri.
Malah mereka turut didakwa terlibat dalam membuat kenyataan media yang kepimpinan PKR Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.
Yek Diew Ching ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad juga tidak menolak penggugurannya ada kaitan dengan kelantangannya mengkritik sebelum ini.
"Kalau tak betul saya akan tegur dan ia untuk kebaikan. Malah teguran saya bukannya secara terbuka.
"Tapi parti sudah buat keputusan saya tidak dicalonkan kali ini dan sebagai ahli parti saya terimalah," katanya.
Bagaimanapun, Sinar Harian tidak dapat kenyataan daripada Ravi dan Mohamad Rafie kerana mereka gagal dihubungi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Negeri Sembilan
#calon PKR
#nama gugur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan