JOHOR BAHRU: UMNO Johor akan menghantar jentera yang berpengalaman dan komited bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan nanti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan.
"Johor ditugaskan untuk membantu Negeri Sembilan, jadi saya berharap agar kesemua 26 bahagian di negeri ini menghantar mereka yang berpengalaman (dalam pilihan raya) dan komited apabila diberi tugasan bagi membantu rakan-rakan.
"Saya juga ingin syor kepada Ketua Bahagian supaya hadir awal di bahagian angkat yang telah ditugaskan, jangan tunggu bubar atau sudah penamaan calon baharu hendak tunjuk muka," katanya pada sidang media selepas melawat Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN) Johor di sini hari ini.
Ahli Parlimen Pontian yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai negeri yang akan dibantu Johor semasa PRN di enam negeri nanti.
Menurut Ahmad jentera pilihan raya dari Johor perlu bersungguh-sungguh membantu Negeri Sembilan pada kempen PRN nanti seperti yang dilakukan Kedah ketika membantu memenangkan BN pada PRN Johor sebelum ini.
Enam negeri yang akan berhadapan dengan PRN ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengarah Bank Simpanan Nasional (BSN) Johor Mohamad Zulkarnain Ismail ketika mengadakan mesyuarat di Wisma BSN Johor, hari ini. - Foto BERNAMA
AS bina semula jeti sementara di Gaza untuk bantuan kemanusiaan
Bantuan kemanusiaan akan dihantar menerusi jeti terapung dalam tempoh beberapa hari.
Azalina pimpin delegasi Malaysia ke Australia kajian empirikal peranan peguam negara
Datuk Seri Azalina Othman Said mengetuai delegasi Malaysia ke Australia untuk kajian empirikal mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, termasuk perbincangan dua hala.
Perang Israel di Gaza: 36,000 terbunuh dalam 8 bulan
Konflik berdarah di Gaza selama lapan bulan mengorbankan lebih 36,000 nyawa. Serangan terbaharu Zionis turut mengenai sekolah PBB, mengakibatkan 40 maut dan 221 cedera.
Jualan Mega Malaysia kini kembali dengan diskaun hingga 85 peratus
Inisiatif yang dilaksanakan menerusi Tourism Malaysia itu adalah bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah utama.
Pengarah syarikat swasta rugi RM1.2 juta
Seorang pengarah syarikat swasta mendakwa kerugian RM1.2 juta akibat diperdaya kakitangan sebuah institusi kewangan yang menawarkan peluang pelaburan menerusi skim simpanan tetap yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan.
Putin: Rusia ada hak bekalkan senjata kepada negara musuh barat
Presiden Vladimir Putin tegaskan Rusia tidak bekal senjata jarak jauh kepada negara ditekan Barat, namun berhak jadi pembekal kepada musuh-musuh Barat.
PBB letak tentera Israel dalam senarai pesalah global 2023
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyenaraikan tentera Israel ke dalam senarai pesalah global kerana melakukan pencabulan terhadap kanak-kanak pada 2023.
Putin sedia rundingan damai Ukraine jika manfaatkan Moscow
Presiden Rusia, Vladimir Putin, nyatakan kesediaan untuk rundingan damai dengan Ukraine jika ia memanfaatkan kepentingan Moscow, di Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg.
AS bina semula jeti sementara di Gaza untuk bantuan kemanusiaan
Amerika Syarikat umum bina semula jeti sementara di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan, meskipun kumpulan bantuan mengkritiknya sebagai tidak berkesan.
Putin: Tiada keperluan nuklear kini, tetapi pendapat boleh berubah
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan tiada keperluan menggunakan senjata nuklear buat masa ini, namun tidak menolak kemungkinan perubahan doktrin di masa hadapan.
UMNO Johor adakan Konvensyen Orang Melayu Jun ini
UMNO Johor akan mengadakan Konvensyen Orang Melayu pada Jun ini, dalam usaha mendapatkan pandangan dan hala tuju suara akar umbi kaum Melayu.
UMNO Johor adakan konvensyen selepas PRN bincang isu pembangunan
Konvensyen peringkat negeri itu dijangka diadakan selepas Pilihan Raya Negeri di enam negeri selesai.
PRN: UMNO Johor bantu kempen di Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu
UMNO Johor akan menggerakkan jenteranya ke Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu bagi membantu kempen pilihan raya negeri (PRN) di ketiga-tiga negeri tersebut yang akan berlangsung tidak lama lagi.
PRN: UMNO Johor hantar jentera berpengalaman bantu kempen di Negeri Sembilan
UMNO Johor akan menghantar jentera yang berpengalaman dan komited bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan nanti.
UMNO Johor sokong kepimpinan MB, tubuh sekretariat dengan kerajaan negeri
Barisan kepimpinan UMNO Johor yang baharu hari ini menzahirkan sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.
Pemilihan UMNO: Mohamed Khaled kekal Ketua Bahagian Pasir Gudang
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menang tanpa bertanding dan terus menerajui Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang selepas pencalonan ditutup Ahad.
Penggantungan keahlian tidak jejas perjalanan UMNO Johor - Mohamed Khaled
Penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO Johor tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran parti itu di negeri berkenaan.
Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.
PAU2022: 'Tiada perbincangan usul dua jawatan tertinggi dipertandingkan' - Nur Jazlan
UMNO Johor tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan berhubung jawatan tertinggi dalam parti wajar dipertandingkan sebagaimana usul dibawa perwakilan negeri ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022.