awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: UMNO Kelantan bincang agih kerusi selepas pemilihan parti

Bernama
Bernama
11/03/2023
08:44 MYT
PRN: UMNO Kelantan bincang agih kerusi selepas pemilihan parti
Ahmad Jazlan berkata pihaknya setakat ini masih belum mengadakan perbincangan pada peringkat negeri sama ada berhubung pengagihan kerusi dan jawatankuasa bersama. - Gambar fail/BERNAMA
MACHANG: UMNO Kelantan akan berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti berkenaan selesai, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Beliau berkata pihaknya setakat ini masih belum mengadakan perbincangan pada peringkat negeri sama ada berhubung pengagihan kerusi dan jawatankuasa bersama.
"Di Kelantan, kita fikir biarlah selesai dahulu pemilihan parti di peringkat bahagian kerana apabila selesai pemilihan berkenaan sudah tentulah akan terbentuk kepimpinan baharu UMNO di peringkat negeri.
"Setakat ini belum ada keputusan termasuk calon yang belum diputuskan dan apabila selesai pengagihan kerusi kita akan duduk berbincang di peringkat kepimpinan negeri sebelum mengemukakan cadangan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya kepada pemberita di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata selepas selesai pemilihan parti itu, pihaknya juga akan memberi tumpuan untuk memperkuat jentera parti bagi menghadapi PRN nanti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO Kelantan
#PRN
#Pemilihan UMNO
#Ahmad Jazlan Yaakub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan