awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Untuk rakyat Selangor, ini tawaran PH-BN

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/08/2023
07:12 MYT
PRN: Untuk rakyat Selangor, ini tawaran PH-BN
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika mengumumkan manifesto PH-BN pada 31 Julai lalu. -Gambar fail/Astro AWANI
TEMPOH kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berbaki enam hari lagi sebelum lebih 9.77 juta pengundi di enam negeri memberikan mandat kepada wakil rakyat dan parti untuk membentuk kerajaan negeri pada 12 Ogos ini.
Fasa pertama kempen yang bermula sebaik proses penamaan calon selesai pada 29 Julai lalu menyaksikan seramai 572 calon mewakili pelbagai parti dan individu mengatur gerak untuk mendekati rakyat.
Dalam usaha memenangi hati para pengundi, parti-parti yang menyertai PRN telah mengumumkan manifesto masing-masing, termasuk Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), Perikatan Nasional (PN), serta Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Di Selangor, dengan lebih 3.74 juta pengundi melibatkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN), PH-BN menawarkan manifesto yang dikenali sebagai Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun.
Manifesto itu mengandungi lima teras utama sebagai tawaran kepada rakyat Selangor, dengan 53 tawaran jika gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri.
Lima teras itu adalah Ekonomi Unggul dan Pendidikan Berkualiti Pemangkin Peluang Pekerjaan Berpendapatan Tinggi; Agama Sebagai Cahaya dan Inspirasi Kehidupan Bermaruah di Selangor; Perkhidmatan Kerajaan Yang Cekap dan Efisien; Pembangunan Mampan, Selesa dan Berdaya Huni; dan Selangor Negeri Penyayang Yang Membela Kepentingan Rakyat.
.
Foto/Astro AWANI
BERIKUT TAWARAN PH-BN DI SELANGOR: 5 TEKAD UNTUK 5 TAHUN
Tekad Pertama: Ekonomi Unggul dan Pendidikan Berkualiti Pemangkin Peluang Pekerjaan Berpendapatan Tinggi
- 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi
- Tubuh pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Pelabuhan Klang, dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan
- Tiga perbandaran baharu di Sepang, Sabak Bernam, dan jajaran Sungai Klang - rumah mampu milik
- Keterhubungan 5G menjadikan Selangor 5G tercekap di Asia Tenggara
- Taman pelaburan mampan ke arah negeri neutral karbon dan meningkatkan komitmen piawai ESG
- Jajaran perkhidmatan rel di Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang, dan Sabak Bernam
- Jajaran rel di KLIA ke Tanjong Sepat dan Sungai Pelek jadi Pantai Barat Selangor Koridor Perkhidmatan Rel
- 10,000 latihan TVET kepada anak muda, kerjasama dengan Apple, Siemens, Festo, dan Dassault Systemes
- 200,000 peserta Program Tuisyen Rakyat Selangor percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah
- Kelas belajar bahasa percuma seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Jepun, dan Korea
- Bantuan mahasiswa RM1,500
- Latihan industri dengan bayaran RM1,500 sebulan bagi 2,000 orang muda
- Geran Digital sasar 10,000 Duta Kreatif Kita Selangor, peruntukan RM5 juta
- Tumpuan industri pertanian moden, aeroangkasa, rel, bas elektrik, 5G, robotik dan automasi, AI, tenaga boleh diperbaharu, dan e-sports
.
Foto/AWANI/Shahir Omar
Tekad Kedua: Agama sebagai Cahaya & Inspirasi Kehidupan Bermaruah
- Elaun imam, bilal, siak & nazir naik berperingkat; i. Imam RM1,600 ii. Bilal RM700 iii. Siak RM500 iv. Nazir RM500
- RM2,000 subsidi tambang & kos haji kepada 3,000 jemaah muassasah kali pertama
- Biasiswa pelajar tahfiz, sekolah pondok & agama rakyat lanjut pelajaran ke Timur Tengah
- Mudah cara daftar sekolah menengah agama Islam
- Peruntukan, sumbangan khas sekolah agama & KAFA bagi tingkat kualiti infrastruktur
- Perkhidmatan van jenazah percuma setiap PBT untuk B40
- Sekretariat khas selia, bantu usahawan IKS bagi daftar sijil halal
- Bayaran khairat kematian orang Islam ditingkatkan kepada RM1,000
- Perluas kelas-kelas, syarahan pengajian Kitab Turath di setiap daerah
- RM3 juta Dana Guaman Syariah bantu golongan wanita
- Tingkat peruntukan komuniti Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao, pertingkat infrastruktur rumah ibadat
.
Foto/AWANI/Shahir Omar
Tekad Ketiga: Perkhidmatan Kerajaan Yang Cekap dan Efisien
- Perkhidmatan kerajaan digital sepenuhnya, mudahkan urusan individu, syarikat dan agensi
- Pentadbiran baharu teknologi tinggi di Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, dan Klang
- Bantu perniagaan beralih sepenuhnya sistem digital
- Hubung Pusat Kawalan Kerajaan Negeri dengan setiap PBT, tingkat perkhidmatan dan lebih responsif
- Tubuh OSC Khas di setiap PBT, selesai isu kritikal dalam tempoh 24 jam
Tekad Keempat: Pembangunan Mampan, Selesa & Berdaya Huni
- 200,000 unit Kediaman Kita Selangor; i. Harga bawah RM250,000 ii. 3 bilik tidur, 2 bilik air iii. Biaya kewangan dengan institusi perbankan
- 10,000 unit rumah penjawat awam Selangor
- Guna sistem urus trafik diamal di Korea Selatan, Singapura kurang kesesakan trafik
- Perluas penggunaan bas mini dan van melalui Selangor Mobility ke setiap daerah
- Satu pusat rekreasi di setiap kawasan DUN
- Panel solar di setiap bangunan Kerajaan Negeri dan PBT, mudah cara pasang solar di kawasan perumahan
- Sistem asing sisa di kawasan perumahan, tingkat sistem kitar semula
- Tingkat daya tahan taman awam sebagai dwifungsi, kurangkan banjir kilat
- Teknologi automasi dalam sistem kutipan sisa di PBT
- Perkasa Akademi Merah Kuning, lahir bakat terbaik bola sepak
- Liga e-sukan, iktiraf pemain e-sukan sebagai atlet, pusat e-sukan di setiap daerah
- RM100 juta tingkat kualiti & fasiliti jalan di kawasan luar bandar
- 5,000 pusat cas kuasa tinggi kenderaan elektrik di kawasan awam
Tekad Kelima: Selangor Negeri Penyayang Bela Kepentingan Rakyat
- Kembangkan 46 program Iltizam Selangor Penyayang kepada 60 program
- Jaga kanak-kanak i. Daftar, latih pengasuh kanak-kanak ii. Sedia fasiliti penjagaan kanak-kanak di pejabat Kerajaan Negeri, PBT iii. Tawar insentif penyediaan fasiliti penjagaan di sektor swasta
- RM1,000 setahun kepada wanita bekerja, kurang kos asuh kanak-kanak
- Perluas Program Saring Selangor & Kesihatan Mental percuma di aplikasi SELangkah
- Tingkat teknologi CCTV di kawasan awam
- RM1,000 kepada petani, pesawah termasuk benih, baja & racun serangga
- Ambil alih pengurusan 1 pangsapuri kos rendah di setiap daerah, baiki kualiti dan fasiliti kemudahan awam
- Rumah pertama; Pilihan tukar cukai petak dan utiliti air daripada kadar komersial kepada kediaman
- Sedia ambulans percuma di setiap PBT
- Baucar Buku RM200 kepada mahasiswa anak Selangor di IPT, IPTA
- Perluas Program Roda Darul Ehsan (RIDE) kepada pemandu e-hailing
Topic Berkaitan
#Manifesto PH BN
#5 Tekad Untuk 5 Tahun
#PRN Selangor
#Tawaran ph-bn di selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan