awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi kuat landa rantau kepulauan Filipina
OPPO Reno15 Series 5G tampil gaya hidup trendy Gen Z
Jadual padat hari kedua lawatan rasmi PM Anwar ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Usaha tukar kerajaan Persekutuan masih boleh berlaku - Abdul Hadi

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2023
04:20 MYT
PRN: Usaha tukar kerajaan Persekutuan masih boleh berlaku - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, meskipun PN tidak memenangi tiga negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, namun gabungan tersebut telah memperoleh banyak kerusi pada PRN ini. - Gambar/ Sinar Harian
MARANG: Usaha menukar kerajaan Persekutuan boleh berlaku walaupun Perikatan Nasional (PN) hanya memenangi pilihan raya negeri (PRN) di tiga negeri.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, meskipun PN tidak memenangi tiga negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, namun gabungan tersebut telah memperoleh banyak kerusi pada PRN ini.
"Walau tak menang, banyak kerusi kita dapat. Ini berlaku lonjakan baharu dan akan beri perubahan (kerajaan bertukar).
"Maknanya menunjukkan sokongan kepada PH merosot. Kita dapati peratus undi yang merosot ini menunjukkan protes undi pada PH," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan PRN oleh Pas Terengganu di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila di sini pada malam Sabtu.
Pada 9 Ogos lepas, Abdul Hadi menyatakan kemenangan PN di enam PRN pada 12 Ogos memungkinkan berlakunya perubahan kepada kerajaan pusat.
Abdul Hadi mendakwa, kemungkinan itu berlaku dengan mengambil kira terdapat ahli Parlimen daripada UMNO serta dari Sabah dan Sarawak akan menyokong gabungan tersebut nanti.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, perubahan menukar kerajaan boleh berlaku memandangkan negeri terlibat merupakan kerajaan campuran termasuk ada parti politik yang mengalami krisis dalaman parti.
Beliau juga mendakwa ahli Parlimen dari Barisan Nasional serta Sabah dan Sarawak menunjukkan rasa kurang selesa berada dalam kerajaan sedia ada.
"Mereka seperti jadi pembangkang dalam kerajaan dan itu yang berlaku. Keadaan ini kita harap akan memberi perubahan untuk mendukung pada kita mendapat majoriti sehingga dapat ambil alih kerajaan.
"Ini amalan biasa dalam demokrasi. Undi tak percaya, ambil akuan bersumpah (SD) dan sebagainya, ia boleh berlaku," jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#Abdul Hadi Awang
#tukar kerajaan
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan