awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Produk rawat jeragat dan parut jerawat FS Turmeric mengandungi racun berjadual

Bernama
Bernama
10/03/2021
07:42 MYT
Produk rawat jeragat dan parut jerawat FS Turmeric mengandungi racun berjadual
Dr Noor Hisham memaklumkan notifikasi produk kosmetik tersebut dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Produk kosmetik untuk merawat jeragat dan parut-parut jerawat, FS Turmeric Cream, dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri dan betamethasone 17-valerate, yang boleh memudaratkan kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan notifikasi produk kosmetik tersebut dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.
"Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.
"Bahan itu juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan serta menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. Sehubungan itu orang awam digesa mengelak pembelian dan penggunaan produk kosmetik itu," katanya.
Beliau berkata produk yang mengandungi betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Ini kerana penggunaan produk yang mengandungi bahan itu tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti bahagian kulit yang disapu menjadi nipis, mudah mengalami iritasi dan meningkatkan risiko diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh memudaratkan.
Sehubungan itu, katanya penjual dan pengedar produk kosmetik ini diminta menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut serta-merta.
Dr Noor Hisham berkata penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Menurutnya, individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.
Mereka yang sedang menggunakan produk kosmetik itu dinasihat supaya menghentikan segera penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Orang awam juga digalakkan menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) www.npra.gov.my atau melalui aplikasi 'NPRA Product Status' yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#produk kosmetik
#rawat jeragat dan parut-parut jerawat
#FS Turmeric Cream
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
#mengandungi racun berjadual
#Bahagian Regulatori Farmasi Negara
#Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan