BATU PAHAT: Profesor Ruzairi Abdul Rahim dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkuat kuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan di sini, Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM memaklumkan pelantikan yang dibuat Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad itu, adalah untuk tempoh tiga tahun hingga 8 Mei 2025.
Pelantikan Ruzairi, 55, itu bagi mengisi jawatan Naib Canselor UTHM yang sebelum ini disandang oleh Prof Datuk Wahid Razzaly yang telah tamat tempoh lantikannya.
"Sebelum ini, beliau (Ruzairi) merupakan seorang profesor dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Instrumentasi dan berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan.
"Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Disember 2016 hingga 30 November 2019," menurut kenyataan itu hari ini.
Beliau yang dibesarkan dan bersekolah di Johor, memulakan kerjayanya di UTM pada 1998.
Sepanjang tempoh itu, beliau pernah meraih sebanyak 45 anugerah kecemerlangan di peringkat universiti dan juga antarabangsa, selain aktif dalam bidang penerbitan termasuk penulisan buku dan jurnal serta telah menyelia lebih 30 pelajar PhD dan juga projek penyelidikan.
"UTHM berharap dengan pengalaman luas yang ada pada Prof Ruzairi mampu melonjakkan universiti ini sebagai Global Technopreneur University menjelang 2030," menurut UTHM.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022
Pelantikan Ruzairi, 55, itu bagi mengisi jawatan Naib Canselor UTHM yang sebelum ini disandang oleh Prof Datuk Wahid Razzaly yang telah tamat tempoh lantikannya. - Gambar fail
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Prof Ruzairi dilantik Naib Canselor UTHM
Prof Dr Ruzairi Abdul Rahim dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkuat kuasa hari ini.