awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Profesor tulang belakang tingkat pencapaian IPT ke peringkat antarabangsa - MPN

Fareez Azman
Fareez Azman
21/01/2021
11:09 MYT
Profesor tulang belakang tingkat pencapaian IPT ke peringkat antarabangsa - MPN
Dr Raduan berkata, golongan profesor bukan hanya membantu dalam pendidikan sahaja, tetapi turut terlibat dalam memberi buah fikiran kepada kerajaan.
KUALA LUMPUR:Majlis Profesor Negara (MPN) menegaskan golongan profesor yang terdiri daripada pensyarah adalah antara tulang belakang kejayaan meningkatkan taraf institusi pendikan tinggi (IPT) negara sehingga diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Presidennya, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose, berkata kejayaan itu membuktikan para cendekiawan bergelar profesor amat berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada negara.
"Ini sistem kita ada, kalau kita cakap mengenai profesor ini, suka atau tidak kita bercakap tentang sistem pendidikan tinggi negara yang kita mempunyai 1.2 juta pelajar.
"Kalau tidak bagus, sangat bahaya kepada sistem pendidikan negara, tetapi hakikatnya biar saya cerita. Di mana kita berada sekarang ini, persepsi tetap persepsi.
"Kalau kita ukur kualiti pendidikan tinggi negara kita, contohnya ranking... mungkin jadi indikator... itu adalah hasil kerja ahli akademik kita.
"Untuk pertama kali, kita berada dalam 'Top 100' (IPT) dalam dunia dan empat institusi kita tergolong dalam 'Top 200'... ini merupakan kejayaan besar," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM) yang pertama, Tun Dr Arshad Ayub, yang mendakwa kualiti lebih 2,500 profesor di negara ini tidak mencapai standard diharapkan.
Mengulas lanjut, Dr Raduan berkata, golongan profesor bukan hanya membantu dalam pendidikan sahaja, tetapi turut terlibat dalam memberi buah fikiran kepada kerajaan.
"Saya percaya semua orang berhak mempunyai pandangan, tetapi apabila pandangan diberi oleh Tokoh Pendidikan Negara (Tun Dr Arshad Ayub) ia mempunyai merit untuk kita meneliti lebih mendalam lagi, terutama sekali melibatkan sektor yang paling besar kepada negara.
"Saya percaya Tun tidak bermaksud 2,500 profesor itu tidak berkualiti, ada kemungkinan beliau tidak ada data...
"Mungkin juga (kenyataannya) dipetik dalam konteks berlainan... walau bagaimanapun saya percaya ada ruang apa yang dikatakan oleh Tun itu dengan realiti sebenar," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Tun Dr Arshad Ayub
#Tokoh Pendidikan Negara
#CEO
#presiden
#Majlis Profesor Negara
#MPN
#Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose
#persepsi
#tenaga akademik
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan