KUALA LUMPUR: Kursus bahasa Korea yang kali pertama ditawarkan oleh Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), memberi peluang kepada pegawai dan diplomat kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Korea Selatan dan Malaysia.
Duta Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung Bae, berkata kursus itu penting kerana ia disediakan khusus untuk pegawai kerajaan dan diplomat kerajaan persekutuan, termasuk Pejabat Perdana Menteri, Parlimen dan kerajaan negeri.
Dengan kerjasama Pusat Pendidikan Korea (KEC) yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu, kursus itu meliputi 32 jam pengajaran dalam talian sehingga 7 Dis.
Kursus baharu bahasa Korea di IDFR itu dilihat sebagai kesinambungan kepada hubungan yang telah sekian lama terjalin.
"Selain membantu meningkatkan penguasaan bahasa, kursus itu juga dapat membantu lebih memahami budaya Korea.
"Dengan perspektif yang lebih luas, saya percaya anda akan dapat merangka dasar kualiti yang lebih baik yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, selain menyumbang kepada pembangunan hubungan Korea Selatan-Malaysia dalam bidang masing-masing," kata Yeo semasa majlis perasmian kursus itu bersama Ketua Pengarah baharu IDFR Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, pada Selasa.
Yeo berkata penambahan kursus bahasa Korea di IDFR meningkatkan rangkaian sedia ada yang merangkumi kursus di 20 universiti dan di tiga Institut Sejong.
Sementara itu, Syed Mohamad Bakri menyokong kerjasama dengan Korea Selatan melalui kedutaan.
"Dalam mempromosikan diplomasi budaya, IDFR mengesahkan hasratnya untuk meningkatkan kerjasama dengan Korea Selatan dalam sektor latihan budaya," katanya.
Kini, sejumlah 1,800 pelajar di 26 sekolah menengah di Malaysia sedang mengikuti kursus bahasa Korea.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
Yeo Seung Bae, berkata kursus itu penting kerana ia disediakan khusus untuk pegawai kerajaan dan diplomat kerajaan persekutuan, termasuk Pejabat Perdana Menteri, Parlimen dan kerajaan negeri. - Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Program bahasa Korea IDFR perkukuh diplomasi budaya Korea Selatan-Malaysia
Kursus bahasa Korea yang kali pertama ditawarkan oleh IDFR, memberi peluang kepada pegawai dan diplomat kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Korea Selatan dan Malaysia.