IPOH: Kegembiraan jelas terpancar pada raut wajah ibu tunggal dan tiga anaknya selepas mendapat rumah baharu hasil program Baiti Jannati anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Penerima sumbangan, Norismah Ismail, 49, berkata sebelum ini mereka tinggal di rumah pusaka usang yang hampir roboh dan dimamah anai-anai di Kampung Tersusun, Sungai Terap, Batu Gajah sejak 50 tahun lepas.
"Rumah kami yang lama sudah tidak selamat untuk diduduki lagi disebabkan anai-anai dan ia kelihatan seperti mahu roboh. Ketika rumah ini diumumkan siap, kami terus pindah masuk ke rumah ini sejak tiga minggu lepas," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan rasmi rumah tersebut yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din.
Rumah baharu itu dibina berdekatan dengan rumah lama keluarga itu menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB yang bertujuan memberikan rumah kediaman yang lebih selesa kepada fakir miskin, ibu tunggal dan golongan asnaf.
Norismah juga berkongsi kenangan ketika arwah suaminya Norazam Abdul Rahman yang meninggal dunia pada usia 49 tahun Oktober lepas akibat strok, amat teruja untuk berpindah ke rumah baharu namun hasratnya tidak kesampaian.
"Ketika rumah ini dalam pembinaan, arwah tidak sabar untuk berpindah ke rumah baharu dan sudah bercadang ingin menghias ruang tamu rumah bersama anak-anak, Norfatihah,19, Noralif,16, dan Norannisa,12.
Selama enam tahun menanggung kesakitan, suami saya pergi. Keluarga kami terpaksa mengharapkan bantuan kerana saya tidak dapat bekerja ketika itu dan perlu menjaga keperluan suami," tambahnya sebak.
Dalam pada itu Baharin berkata sebanyak 128 buah rumah telah dibina di Perak di bawah program itu dengan peruntukan kira-kira RM5.7 juta tahun lepas bagi membantu golongan kurang bernasib baik.
"Pada peringkat nasional, sebanyak 879 buah rumah telah dibina dengan anggaran peruntukan kira-kira RM40 juta sejak 2017. Projek CSR tetap berlangsung pada tahun 2019 dan 2020 dengan peruntukan sekitar RM8 juta walaupun harus menempuhi pelbagai cabaran ketika wabak (COVID-19) melanda negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022

Norismah (dua,kanan) bersama anak-anaknya bergambar di hadapan rumah mereka selepas Majlis Penyerahan Rumah Projek Baiti Jannati TNB Tahun 2020 Peringkat Negeri Perak di Kampung Tersusun Sungai Terap, Batu Gajah hari ini. - Bernama

Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
![[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang [TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967550/thumbnails/41447416661652886842699_640x360.jpg)
[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang
Perenang muda negara, Khiew Hoe Yean yang sebelum ini telah merangkul pingat perak dalam tiga acara, akhirnya membawa pulang emas selepas memenangi acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik My Dinh. Perenang yang berasal dari Kuala Lumpur itu rangkul emas dengan merekod catatan masa 1 minit 47.81 saat, sekali gus mengatasi tujuh perenang lain dan menambah koleksi pingat emas negara kepada 25.

UKSB taja Zahid Hamidi, isteri melancong ke luar negara, sambut hari jadi, raya
Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan daripada syarikat tersebut dari 2014 hingga 2018.

Sukan SEA Hanoi: Penguasaan Malaysia dalam lompat tinggi berakhir
Penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA sejak 2005, berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa sekadar meraih pingat perak di Stadium Nasional My Dinh National Stadium di sini.

Ini yang ibu bapa perlu lakukan jika anak dijangkiti HFMD
Pakar Pediatrik, Imunologi dan Alergi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia, Dr Intan Juliana Abd Hamid menekankan tentang isolasi serta penjagaan kebersihan yang serius untuk mengendalikan anak yang dijangkiti penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD).

Sekolah perlu lebih terbuka, jangan sembunyi kes buli
Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Rozmi Ismail menegaskan bahawa tindakan menyembunyikan kes buli untuk menjaga reputasi sekolah hanya akan menyebabkan isu itu terus berlaku.

Apa itu HFMD dan bagaimana mengendalikannya?
Pakar Pediatrik, Imunologi dan Alergi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia, Dr Intan Juliana Abd Hamid menjelaskan penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD) berpunca daripada virus Enterovirus EV71 dan Coxsakievirus A16.

Sukan SEA Hanoi: Terlepas gelaran raja pecut, penyertaan Muhammad Azeem terbatal
Skuad olahraga Malaysia gagal mempertahankan gelaran Raja Pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA ke-31 di sini, selepas penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan.

PKNS, UiTM meterai MoU bagi pelihara Hutan Komuniti Shah Alam
PKNS dan UiTM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) yang dimiliki PKNS.

NAFAS perlu beri nafas baru kepada sektor makanan - PM
NAFAS perlu beri nafas baru kepada sektor makanan berasaskan pertanian melalui penerapan teknologi tinggi dan pendigitalan bagi tingkatkan pengeluaran, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hampir 10,000 pekerja TNB bertugas pada Syawal
Ia bagi memastikan kelancaran penghantaran dan pembahagian bekalan elektrik di samping siap siaga perkhidmatan pelanggannya.

Harga arang batu global pada rekod tertinggi, kestabilan bekalan tenaga negara terjamin
Malaysia tidak mengalami sebarang gangguan keselamatan tenaga, sebaliknya mempunyai bekalan minyak serta gas asli mencukupi.

Pengurus Gred E15 didakwa kemuka butir matan palsu RM1,855
Tertuduh dengan niat memperdaya Pengurus Jabatan Audit dan Complience syarikat dia bekerja menerusi tuntutan kerja luar dalam negara.

TNB jangka Stesen Janakuasa Sultan Mahmud kembali beroperasi hujung tahun ini
SJSM dihenti tugas sementara berikutan menara penghantaran voltan tinggi 132kV tumbang pada 27 Februari 2022.

Anak syarikat TNB kemuka program sukuk wakalah kepada SC
Tempoh setiap Sukuk Wakalah yang akan diterbitkan di bawah Program Sukuk Wakalah adalah antara satu tahun dan sehingga 30 tahun.

Curi elektrik oleh pelombong Bitcoin meningkat lebih 400%, kata TNB
Rekod menunjukkan sejumlah 7,209 kes dikesan sepanjang empat tahun telah menyebabkan kehilangan lebih 4.5 bilion kilowatt jam.

TNB padam hasrat Trebel THT, muncul juara piala TNB
TNB menewaskan THT bagi menidakkan kemaraan pasukan itu yang sebelum ini menjulang Piala Sumbangsih dan muncul juara Liga Hoki Malaysia.

627 individu ditahan terlibat curi elektrik kegiatan bitcoin
Polis menahan 627 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri elektrik bagi perlombongan bitcoin dan merampas pelbagai barang kes bernilai RM69.8 juta sejak 2020 hingga kini.

TNB sasar 17,500 individu terima manfaat dalam program ILSAS
Setakat ini seramai 3,246 individu yang menamatkan latihan dengan anak syarikat milik penuh TNB itu telah berjaya mendapat pekerjaan.

Moody's Investors Service sahkan penarafan A3 TNB dengan prospek stabil
Moody's juga mengesahkan Penilaian Kredit Garis Asas (BCA) TNB pada baa2.