MALAYSIA
Program eHati: JAIS akan panggil beberapa individu pada Selasa
Mohd Shahzihan berkata JAIS memandang berat perkara seumpama ini dan akan mengambil segala langkah perlu untuk membendungnya. - Gambar fail
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memanggil beberapa individu pada Selasa ini bagi membantu siasatan berhubung program motivasi rumah tangga (eHATI) yang didakwa songsang dan terpesong.
Ringkasan AI
Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata JAIS memandang berat perkara seumpama ini dan akan mengambil segala langkah perlu untuk membendung serta membanteras apa juga aktiviti yang bertentangan dengan hukum syarak serta nilai etika.
“Sehubungan dengan itu, JAIS akan melakukan siasatan lanjut terhadap kejadian tersebut seperti didakwa.
“JAIS akan melakukan siasatannya mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (doktrin palsu) kerana disyaki berlaku suatu upacara atau perbuatan berhubung dengan agama Islam yang bertentangan dengan hukum syarak,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohd Shahzihan berkata JAIS telah berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bekerjasama menjalankan siasatan mengikut bidang kuasa agensi masing-masing.
Tambah beliau, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS tidak menerima apa-apa aduan mengenai kejadian yang berlaku di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 27 hingga 30 September tahun lalu.
“Namun begitu, pada 2022, JAIS menerima aduan daripada bekas peserta yang mengaitkan eHATI dengan beberapa isu yang disifatkan oleh pengadu adalah tidak wajar dan tidak sesuai menjadi sebahagian modul dalam program motivasi rumah tangga tersebut.
“Berdasarkan aduan tersebut, penganjur eHATI telah dipanggil oleh Panel Pendengaran di bawah Jawatankuasa Pengawalan Akidah, Majlis Agama Islam Selangor dan telah diminta mengubah beberapa modul agar menepati syarak,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau berharap mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang program eHATI agar dapat menghubungi Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS di talian Hotline 1800-88-2424 atau hadir terus ke pejabat bagi membantu siasatan.
Terdahulu, masyarakat dikejutkan dengan pendedahan pengguna media sosial mengenai program yang diusahakan oleh sepasang suami isteri.
Dalam hantaran terbaharu di Facebook, turut didakwa bahawa dua wanita telah melakukan tarian bogel dalam program berkenaan.
Ringkasan AI
- JAIS siasat program motivasi eHATI yang didakwa songsang: JAIS akan memanggil individu untuk siasatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah kerana eHATI dikaitkan dengan unsur bertentangan hukum syarak dan doktrin palsu.
- Kerjasama dengan PDRM dan tindakan susulan: JAIS bekerjasama dengan polis dalam siasatan; sebelum ini telah meminta penganjur ubah modul program berdasarkan aduan peserta agar menepati kehendak syarak.
- JAIS menyeru sesiapa yang ada maklumat untuk tampil membantu siasatan, susulan pendedahan media sosial termasuk dakwaan tarian tidak senonoh dalam program tersebut.