PUTRAJAYA: Proses vaksinasi bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat di negeri-negeri, kata Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin.
Ini kerana tidak semua 532 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah menerima bekalan vaksin COVID-19 kerana jumlah dos vaksin yang telah diterima daripada pembekal masih lagi terhad, katanya.
"Jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa mengikut jadual penghantaran seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Segala persiapan di seluruh negara sedang dijalankan dengan rapi dan kami percaya bahawa apabila dimulakan di negeri masing-masing, kami menjangkakan ia akan berlangsung dengan lancar dan selamat," katanya dalam sidang media selepas pelancaran PICK oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini.
Muhyiddin hari ini menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, yang menandakan PICK bermula secara rasminya hari ini. Turut menjalani proses vaksinasi hari ini ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat petugas Kementerian Kesihatan.
Menurut Khairy, Selangor akan memulakan PICK esok; diikuti Pahang, Sarawak dan Terengganu pada 26 Feb; Labuan (27 Feb); Kedah (28 Feb); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor, Perak dan Perlis (1 Mac); Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan (2 Mac) dan Sabah (4 Mac).
Empat vaksin lain iaitu Sinovac, CanSinoBIO, AstraZeneca dan Sputnik V masih dalam penilaian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 24 2021

Khairy berkata tidak semua 532 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah menerima bekalan vaksin COVID-19. - Gambar/ Bernama

COVID-19: Kes positif global melebihi 137.05 juta, kematian lebih 2.95 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.32 juta kes positif diikuti India dan Brazil.

AS tangguh penggunaan vaksin J&J susulan kes pembekuan darah
Ini bagi memberi ruang siasatan berkaitan laporan wujudnya masalah pembekuan darah kesan daripada penggunaan vaksin tersebut.

CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun
Lima kejayaan podium yang diraih di Qatar menggambarkan betapa kedua-duanya mahu terus menggegar.

Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan
Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.

Kluster Jalan Canning Estate: Bazar Ramadan Stadium Perak dikawal ketat
Kawalan serta pemantauan bagi SOP di Bazar Ramadan membabitkan sebanyak 110 gerai itu, dijalankan pihak berkuasa terdiri dari Rela dan polis.

Pelumba PYSRT harap tuah menyebelahi mereka di Portimao, Portugal
MotoGP 2021 yang bersambung semula selepas berehat seminggu diharap memberikan peluang kepada Morbidelli dan Rossi meningkatkan prestasi.

MBI akan perluas e-dompet di pasar, medan selera selepas Aidilfitri
Ia bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai menerusi platform pengendali e-dompet yang terpilih.

COVID-19 | Aktiviti waktu malam di London kembali normal
Aktiviti bersosial di kota London kembali dirasai apabila orang ramai mula berpusu-pusu ke restoran dan kafe di ruangan luar kedai pada Selasa. Mereka yang memeriahkan suasana, memenuhi jalanan di pusat tumpuan di kota London seperti Soho dan Chinatown, dengan pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Pendaftaran Tanggungan dalam MySejahtera dilancar esok, mudahkan warga emas mendaftar
Khairy Jamaluddin berkata, elemen berkenaan yang sebelum ini ditangguhkan bagi penambahbaikan kini sudah sedia digunakan.

Vaksin COVID-19: Tiada kesan sampingan setakat ini, kongsi Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin yassin menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 yang diyakini selamat dan berkesan.

Zulkifli terima suntikan vaksin COVID-19 esok
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 esok selepas solat Jumaat.

104,110 vaksin COVID-19 untuk Sabah dalam fasa pertama
Masidi berkata penghantaran pertama dilakukan hari ini manakala yang keenam akan dibuat pada 1 April 2021.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksana secara berperingkat
Proses vaksinasi bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat di negeri-negeri, kata Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin.

MySejahtera: Daftar tanggungan bagi vaksinasi mula pertengahan Mac
Kemudahan ini membolehkan anak-anak mendaftarkan ibu bapa mereka yang tidak mempunyai MySejahtera bagi penerimaan vaksin.

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 selamat tiba di Sarawak
Pesawat TH543 milik Raya Airways itu membawa 23,400 dos vaksin COVID-19 mendarat pada 6.20 petang.

8,000 jadi kumpulan pertama terima suntikan vaksin di Perlis
Kumpulan itu merangkumi petugas kesihatan, polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan guru dengan tempoh pemberian bermula bulan ini hingga April.

Program Imunisasi COVID-19 mungkin selesai sebelum akhir tahun ini - Khairy Jamaluddin
Keyakinan tersebut adalah berdasarkan tahap kecekapan dan juga profesionalisme Kementerian Kesihatan (KKM) selain ketibaan vaksin mengikut jadual.

Banyak negeri buat persiapan rapi 'sambut' ketibaan vaksin COVID-19
Menjelang hari pertama, fasa pertama pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan esok, kebanyakan negeri dilihat cukup teruja.