awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Jualan Rahmah MADANI diperluas di minggu akhir Ramadan - Armizan

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
25/03/2025
10:45 MYT
Program Jualan Rahmah MADANI diperluas di minggu akhir Ramadan - Armizan
Armizan (kiri) melihat barangan program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Aidilfitri pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Program Ihya’ Ramadan di KPDN hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Aidilfitri diperluaskan dengan sebanyak 723 program terbabit dilaksanakan seluruh negara di minggu terakhir Ramadan.
Ia bagi memberi peluang orang ramai untuk membuat persiapan awal menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, PJRM juga membolehkan pengguna mendapatkan keperluan lebih murah dengan potongan 10 hingga 30 peratus .
“Kita dapat sambutan cukup baik sebab kita atur sebanyak mungkin siri jualan Rahmah MADANI ini di seluruh negara khususnya di golongan sasar, tambah lebih kekerapan. Kita harap dengan adanya program ini dapat ringankan beban masyarakat menjelang Syawal nanti.
“Saya turut gembira dengan sambutan yang diberikan ramai dan sudah tentu program ini akan ditambah baik dan juga berkemungkinan kita akan tambah lagi program yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Program Ihya Ramadan KPDN 2025, di sini hari ini.
Dalam pada itu beliau juga memaklumkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadualkan turun padang memantau harga jualan PJRM Aidilfitri pada Khamis ini.
Topic Berkaitan
#PJRM
#Jualan Rahmah
#Orang ramai
#Armizan Mohd Ali
#kos sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan