awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Jualan Tengah Malam bakal diperluas ke Pantai Timur - Tourism Malaysia

Bernama
Bernama
25/12/2024
03:20 MYT
Program Jualan Tengah Malam bakal diperluas ke Pantai Timur - Tourism Malaysia
Antara matlamat utama penganjuran bertujuan menggalakkan pelancong antarabangsa, khususnya yang bersempadan Malaysia.
KOTA BHARU: Tourism Malaysia bercadang memperluas Program Jualan Tengah Malam (Midnight Sale) menerusi lebih banyak pasar Raya di seluruh negeri Pantai Timur dalam usaha menjadikan program itu sebagai acara tahunan pelancongan sempena Kempen Malaysia Year End Sale (MYES).
Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur Mohd Azizul Arif Yahaya berkata secara keseluruhan, sebanyak tujuh program diadakan di seluruh negara dengan dua daripadanya di Kelantan dan Terengganu.
Beliau berkata antara matlamat utama penganjuran bertujuan menggalakkan pelancong antarabangsa, khususnya yang bersempadan Malaysia seperti Singapura, Thailand dan Brunei mengambil peluang bukan sahaja berbelanja tetapi bermalam di Malaysia.
"Inisiatif ini memfokuskan kepada pelancong dari Singapura dan Thailand, menjadi harapan Tourism Malaysia pelancong dapat memanjangkan tempoh keberadaan di negara ini termasuk bermalam di hotel di sekitar Johor Bahru dan Kota Bharu.
"Acara jualan bermula pada 10 malam hingga 12 tengah malam selama sehari ... sekali gus menyumbang kepada ekonomi tempatan," katanya kepada pemberita selepas perasmian program itu di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Datuk Kamarudin Md Noor yang merasmikan program berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata selain alam semula jadi, 'adventure', ekopelancongan, sukan dan lain-lain segmen membeli-belah menjadi komponen penting bagi industri pelancongan Malaysia.
"Berdasarkan data Tourism Malaysia bermula Januari hingga September 2024, jumlah perbelanjaan pelancong mencecah hingga RM26.98 bilion iaitu peningkatan ketara sebanyak 63 peratus berbanding RM16.56 bilion untuk tempoh sama pada 2023.
"Segmen itu menjadi penyumbang utama pendapatan pelancongan negara iaitu mewakili 36.8 peratus daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM73.2 bilion yang direkodkan bagi tempoh ini," katanya.
Angka itu diyakini terus meningkat bagi tahun mendatang sekali gus memperkukuh lagi perkembangan segmen berkenaan, lebih-lebih lagi selepas Tourism Malaysia menganjurkan semula kempen Malaysia Mega Sale 2024.
-- BERNAMA
Dapatkan berita berkaitan Identiti Digital Nasional di sini
Topic Berkaitan
#Jualan Tengah Malam
#Midnight Sale
#Tourism Malaysia
#Pantai Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan