KUALA LUMPUR: Program literasi kewangan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) perlu mesra pengguna internet.
Pengarah Bersekutu BowerGroupAsia, Hafidzi Razali berkata strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan majoriti diisytiharkan bankrap di Malaysia.
“Bagi saya, realitinya kebanyakan daripada mangsa kebankrapan ini adalah anak-anak muda.
"Kalau kita ikut kepada statistik, 60 peratus daripada mereka yang bankrap adalah yang berumur 25 hingga 44 tahun dan ini agak merisaukan.
“Ini kerana pendidikan literasi kewangan kurang di Malaysia. Di sekolah kita tidak didedahkan dengan konsep kewangan peribadi.
"Di universiti juga subjek-subjek ini adalah elektif, bukan wajib,” beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat terbitan Astro AWANI.
Hafidzi menggesa agar pendidikan literasi kewangan ini dimulakan di peringkat prasekolah.
Ini selari dengan amalan di negara maju yang memperkenalkan sistem kewangan asas kepada kanak-kanak seawal usia lima tahun.
“Kita kena kembali kepada amalan di negara maju seperti yang dibuat di negara Sweden. Kanak-kanak seawal umur lima tahun sudah belajar mengenai konsep duit.
"Kalau ikut kajian yang dibuat oleh Universiti Cambridge, erti duit itu sudah boleh dikenalkan kepada kanak-kanak seawal empat ke lima tahun,” jelasnya lagi.
Oleh yang demikian, Hafidzi mahu AKPK mempergiat usaha memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi itu kepada orang awam menerusi platform internet dan media sosial.
Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan agar dihadkan akses kepada fasiliti 'buy now pay later' untuk graduan dan mereka yang baru bekerja untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam hutang yang merugikan.
“Lebih penting juga untuk kita mengelak lebih ramai lagi daripada mereka yang baru keluar universiti dan dapat kerja untuk mendapat akses kepada satu perangkap bahaya iaitu 'buy now pay later concept'.
“Program ini tidak berada di bawah Bank Negara Malaysia. Bermakna ia tidak diselia sama seperti kad kredit, bank dan sebagainya,” ujarnya.
Irfan Faruqi
Sat Apr 01 2023
Hafidzi Razali berkata strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan majoriti diisytiharkan bankrap di Malaysia. -Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PADU: Yakinkan pengguna, data selamat dan tidak diseleweng - Presiden CAKE
Kerajaan perlu meyakinkan pengguna mengenai keselamatan data yang dikongsikan melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk tingkatkan kadar pendaftaran.
PADU: Fikirkan nasib penduduk pedalaman Sabah, sukar mendaftar - Penganalisis
Kerajaan perlu memudahcara penduduk di pedalaman Sabah untuk mendaftar ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Perkenalkan silibus TVET lebih fleksibel, singkat - Pensyarah Kanan UPSI
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) perlu memperkenalkan silibus pensijilan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang lebih fleksibel.
Kerajaan perlu libatkan semua lapisan masyarakat tangani isu kekurangan tenaga kerja mahir - Pakar
Kurangnya penglibatan golongan muda dalam mengisi tenaga kerja mahir adalah salah satu kelompangan yang perlu dilihat secara serius.
Murid miskin perlu kepada kaedah pembelajaran tersendiri - CEO Arba Foundation
Murid miskin berdepan cabaran unik seperti tekanan kronik dan kurang nutrisi yang menghalang mereka bersaing secara sihat.
Perbaiki kembali model FELDA dalam usaha basmi kemiskinan - Pakar ekonomi
Kerajaan perlu memperbaiki kembali model FELDA sebagai langkah untuk membasmi kemiskinan tegar di Malaysia.
Subsidi tidak memulihkan ekonomi, sekadar pastikan kumpulan rentan terbela - FOMCA
Subsidi bukan bertujuan untuk memulihkan ekonomi sebaliknya untuk memastikan golongan rentan dapat menikmati kualiti hidup minima.
Peningkatan kos adalah semula jadi, tumpu tingkatkan gaji - Pakar Ekonomi
Peningkatan kos dalam sektor komersial dan isi rumah adalah suatu yang semulajadi bagi negara yang menuju kearah taraf negara maju.
Program literasi kewangan AKPK perlu mesra pengguna internet - BowerGroupAsia
Strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan majoriti diisytiharkan bankrap di Malaysia.
Payung Rahmah seimbangkan kuasa beli, wujudkan lebih banyak pilihan - Salahuddin
Salahuddin berkata, realitinya pengguna di Malaysia akan tetap berbelanja mengikut kemampuan dan keinginan masing-masing.