awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Kong jamin rumah percuma bagi mangsa kebakaran sehingga rumah dibina semula

Bernama
Bernama
30/11/2025
12:45 MYT
Hong Kong jamin rumah percuma bagi mangsa kebakaran sehingga rumah dibina semula
Kerajaan akan memastikan penduduk yang terjejas akibat kebakaran di Tai Po menerima perumahan percuma sehingga rumah mereka dibina semula. - Foto REUTERS/Maxim Shemetov
HONG KONG: Setiausaha Hal Ehwal Rumah dan Belia Hong Kong, Alice Mak Mei-kuen, berkata pada Ahad bahawa kerajaan akan memastikan penduduk yang terjejas akibat kebakaran di Tai Po menerima perumahan percuma sehingga rumah mereka dibina semula, lapor Xinhua.
Dalam satu program televisyen, Mak berkata matlamat kerajaan Hong Kong ialah memindahkan kira-kira 1,900 isi rumah terjejas ke perumahan transit atau penempatan lain dalam tempoh satu hingga dua minggu, dan setakat ini lebih 1,800 unit telah dikenal pasti. Kerajaan akan mengamalkan penyusunan yang fleksibel untuk memenuhi keperluan perumahan setiap isi rumah, katanya.
Timbalan Setiausaha Kewangan Hong Kong dan ketua pasukan petugas penempatan kecemasan, Michael Wong, berkata bahawa dengan lebih 2,000 unit tersedia di perumahan transit dan estet penempatan semula khusus yang dikendalikan oleh Persatuan Perumahan, bekalan berkenaan seharusnya mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk.
Mak turut berkata sebelum ini bahawa kerajaan Hong Kong akan menyediakan perumahan transit untuk kediaman jangka panjang penduduk, sambil menegaskan bahawa semua bentuk sokongan yang disediakan adalah percuma, termasuk penyediaan perkhidmatan pengangkutan percuma.
Kebakaran yang berlaku di kompleks perumahan Wang Fuk Court di Tai Po pada 26 Nov itu setakat ini meragut 128 nyawa dan mencederakan 83 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#kebakaran
#Tai Po
#rumah percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan