awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program MyBrain dilaksanakan semula tahun depan - Khaled Nordin

Bernama
Bernama
26/10/2023
11:39 MYT
Program MyBrain dilaksanakan semula tahun depan - Khaled Nordin
Program MyBrain 2.0 memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi setiap pengambilan dengan sasaran 500 orang setahun dalam bidang-bidang yang kompetitif di pelbagai peringkat. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Program biasiswa MyBrain15 akan dilaksanakan semula tahun depan, dikenali sebagai MyBrain 2.0, demikian menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.
Beliau berkata program MyBrain 2.0 memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi setiap pengambilan dengan sasaran 500 orang setahun dalam bidang-bidang yang kompetitif di pelbagai peringkat.
Ia menyasarkan 500 penerima biasiswa setiap tahun dalam kalangan orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap termasuk pensyarah institut pendidikan tinggi swasta bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah, katanya.
Pada Majlis Pelancaran MyBrain 2.0 dan penyampaian surat tawaran penajaan 2023 di sini hari ini, Mohamed Khaled berkata program MyBrain15 merupakan antara produk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang berimpak tinggi dan diperkenalkan mulai 2011 namun dihentikan pada 2016.
Program MyBrain bertujuan meningkatkan jumlah pemegang ijazah lanjutan untuk memenuhi keperluan modal insan intelektual dan kepakaran tempatan bagi menyokong pembangunan negara.
"Mengambil kira potensinya dan usaha kerajaan dalam meramaikan golongan intelektual serta pakar bagi menyokong matlamat kesejahteraan pembangunan negara, kerajaan bersetuju untuk memperkenal dan melaksanakan semula program biasiswa ini pada tahun depan," katanya.
Mohamed Khaled berkata program MyBrain 2.0 melibatkan beberapa pengukuhan daripada aspek cakupan dan pelaksanaannya termasuklah pengemasan kontrak bagi mengelakkan pelanggaran terma penajaan dan pengukuhan sistem yang lebih bersifat digital dan mesra pengguna.
"Permohonan untuk penajaan program itu akan dibuka bermula Januari 2024," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyBrain
#Khaled Nordin
#2024
#KPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan