KUALA LUMPUR: Program Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur (KLCFM) yang tertangguh akibat pandemik COVID-19 akan diaktifkan semula bermula Ahad ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan sebagai permulaan, program dwimingguan itu akan dijadikan program simulasi sesuai dengan SOP baharu yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Mereka yang ingin menyertai program ini perlu lengkap vaksin (dua dos vaksin COVID-19 dan melepasi tempoh 14 hari) dan wajib membuat prapendaftaran.
"Peraturan kesihatan dan keselamatan yang diarahkan oleh MKN akan dilaksanakan secara ketat dalam melaksanakan program ini demi keselamatan peserta," menurut kenyataan itu.
DBKL memaklumkan program simulasi yang akan diadakan pada November dan Disember ini akan menggunakan laluan sepanjang tujuh kilometer di sekitar ibu kota.
Jalan-jalan yang terlibat dalam program itu adalah Jalan Raja, Jalan P Ramlee, Jalan Dang Wangi dan sebahagian Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
"KLCFM adalah program yang dapat mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan warga kota di samping medan untuk mengamalkan gaya hidup sihat, mesra keluarga dan membudayakan penjagaan alam sekitar.
"Ia melibatkan aktiviti berjalan, berlari, meluncur atau berbasikal selama dua jam mulai 7 pagi hingga 9 pagi dan sepanjang tempoh itu, jalan-jalan yang terlibat akan ditutup kepada kenderaan awam dan persendirian," katanya.
DBKL menjangkakan KLCFM akan dapat dilaksanakan secara penuh pada Januari depan dengan pelbagai acara sampingan lain dan penyertaan daripada lebih ramai penaja.
Mereka yang ingin menyertai KLCFM perlu membuat prapendaftaran terlebih dahulu menerusi laman sesawang KL Car Free Morning dan DBKL serta laman Facebook KL Car Free Morning dan DBKL yang telah dibuka sejak 2 Nov lepas.
Peserta yang berjaya mendaftar akan dimaklumkan melalui e-mel selepas tarikh pendaftaran dan untuk maklumat lanjut mengenai KLCFM, orang ramai boleh melayari www.klcarfreemorning.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
Mereka yang ingin menyertai KLCFM perlu membuat prapendaftaran terlebih dahulu menerusi laman sesawang KL Car Free Morning. - Gambar hiasan
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
Program pagi bebas kenderaan Kuala Lumpur diaktifkan semula - DBKL
Program Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur (KLCFM) yang tertangguh akibat pandemik COVID-19 akan diaktifkan semula bermula Ahad ini.