KUALA SELANGOR: Penganjuran program Penuaan Sihat: Pencegahan Keuzuran (Frailty) dalam Kalangan Warga Emas (Penuaan Sihat) sejak September tahun lepas bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti berhubung isu keuzuran dalam kalangan warga emas ke arah persediaan negara menjadi negara tua pada 2030.
Pengarah projek Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata program itu juga bagi mengenal pasti status kesihatan warga emas dalam komuniti supaya intervensi awal dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kemandirian dan kualiti hidup warga emas.
Katanya, sebanyak 600 peserta warga emas di Klang telah mendapat manfaat menerusi program yang dibiayai kerajaan Selangor menerusi inisiatif Selangor Health Partnership Programme (SELHEP) itu.
Dr Ahmad Munawwar Helmi berkata program yang diterajui badan bukan kerajaan (NGO) BeVital itu dikembangkan ke Kuala Selangor yang menjadi daerah kedua pelaksanaan menerusi dua fasa iaitu saringan tahap keuzuran serta intervensi khas untuk golongan warga emas 60 tahun ke atas.
"Kesemua warga emas akan menjalani saringan untuk melihat status keuzuran. Selepas itu, mereka akan mendengar ceramah kesihatan dan diajarkan senaman yang direka khas untuk warga emas oleh pakar-pakar perubatan sukan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan luar KKM.
"Mereka kemudian akan diberikan getah rintangan (resistance band) serta diari senaman untuk melakukan senaman itu setiap hari di rumah," katanya ketika ditemui Bernama pada Festival Kesihatan Warga Emas di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Dr Ahmad Munawwar Helmi berkata bagi fasa kedua, peserta perlu mendengar ceramah kesihatan dua kali seminggu di samping menjalankan aktiviti senaman dan mendapat pemeriksaan fisioterapi atau dirujuk kepada pakar kesihatan yang berkenaan jika diperlukan.
"Program ini dijalankan secara konsisten selama tiga bulan dan pada akhir program peserta akan disaring semula untuk melihat keberkesanan program. Berdasarkan hasil peserta warga emas di Klang, tahap keuzuran mereka menurun setelah mengikuti program itu," katanya.
Dr Ahmad Munawwar Helmi berkata selain sukarelawan daripada NGO berkenaan, beliau turut bekerjasama dengan sukarelawan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), bantuan pakar dari Pejabat Kesihatan Daerah dan Klinik Kesihatan di bawah KKM.
Beliau berkata sebanyak 1,800 warga emas di empat daerah termasuk Klang dan Kuala Selangor mendapat manfaat menerusi program itu dan pihaknya terbuka sekiranya ada pihak luar dari Selangor ingin bekerjasama dalam menjayakan agenda penuaan yang sihat di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Program itu dijalankan bagi mengenal pasti status kesihatan warga emas dalam komuniti supaya intervensi awal dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kemandirian dan kualiti hidup warga emas. - Gambar hiasan
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
BSMM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.
Warga emas dipercayai jatuh ke dalam tanah jerlus ketika cari kucing peliharaan
Penyelamat berharap Elizabeth Pollard, 64, masih hidup, sambil menjelaskan lubang itu mempunyai bekalan oksigen dengan suhu kira-kira 55 darjah Celsius.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman
Polis Daerah Kulai menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu daripada orang awam.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Johor perhalusi cadangan safari malam di Zoo Johor
Kerajaan Johor sedang memperhalusi cadangan untuk membuka Safari Malam di Zoo Johor berikutan sambutan baik sejak pembukaan semula zoo berkenaan pada 31 Ogos lepas.