KUALA BESUT: Kerajaan menerima 65,898 permohonan tablet di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi fasa kedua dalam masa sebulan sejak ia mula dibuka pada 1 Ogos lepas.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 45,341 permohonan layak menerima tablet manakala 20,557 permohonan sedang diproses.
"Kita mempunyai 1.6 juta keseluruhan pelajar, bagaimanapun kalangan pelajar B40 ada 300,000 lebih. Jadi kami minta pelajar yang layak dan belum lagi memohon supaya berbuat demikian kerana kita ada sehingga 30 Sept ini untuk proses permohonan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Akademik dan Pentadbiran, Bangunan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Taman Rimba Ilmu Tanah Bris (TRIBE) dan 'Agropreneur Incubator Park' (AIP) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut, di sini hari ini.
Katanya pemberian tablet jenama Samsung itu bergantung kepada permohonan memandangkan terdapat pelajar yang tidak mengemukakan permohonan kerana telah mempunyai komputer riba atau tablet sendiri.
Dalam pada itu Noraini menyeru pelbagai pihak terutama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di setiap institusi pendidikan tinggi (IPT) supaya menguar-uarkan kepada para pelajar yang layak supaya segera mengemukakan permohonan sebelum 30 Sept ini.
Selain itu beliau berkata sebanyak 3,156 permohonan PerantiSiswa di Terengganu telah diluluskan dan seramai 150 pelajar UniSZA menjadi kumpulan pertama menerima tablet tersebut di Terengganu pada hari ini.
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT.
Sebelum ini permohonan untuk inisiatif Perantisiswa yang dibuka secara dalam talian sejak 15 April hingga 15 Mei lepas bagi fasa pertama telah menerima kira-kira 100,000 permohonan.
Dalam perkembangan lain, Noraini berkata kementerian sentiasa memantau kafeteria di setiap IPT awam bagi memastikan hidangan Menu Keluarga Malaysia bernilai RM3.50, diberikan dalam kuantiti munasabah dan tidak mengabaikan aspek kualiti makanan.
"Kerajaan juga telah memberikan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di dalam kampus IPT awam mulai Julai lepas, jadi mereka sepatutnya boleh menawarkan menu pada kuantiti yang munasabah kepada pelajar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022

Noraini bertanyakan sesuatu kepada pelajar semasa melawat kantin pada Majlis Perasmian Bangunan Akademik dan Pentadbiran, Bangunan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah di UniSZA Kampus Besut hari ini.- Foto BERNAMA

AWANI Ringkas: Isu kekurangan sayur | Isu penipuan dalam talian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.

Ratusan ribu hadir sambutan Thaipusam di Batu Caves
Keadaan terkawal dan lancar setakat ini dengan upacara keagamaan penganut Hindu dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008046/8668162651675557065848_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Hakim Rahman & Hafizi Rosli Antara fokus AWANI Thaipusam: Polis Selangor jangka lebih 300,000 pengunjung di Batu Caves Kaji semula kebenaran penjualan mercun, bunga api Program Menu Rahmah di IPTA dijangka selepas Aidilfitri - Salahuddin Ayub

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan pasar
Mangsa ialah lelaki warga tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

Kena tunjuk kad pengenalan beli minyak masak bersubsidi
Peraturan itu bagi mengelak orang ramai daripada membeli minyak masak secara berlebihan.

Perang Ukraine | 14,000 orang awam terkorban - WHO
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dilihat sebagai salah satu daripada lapan kecemasan kesihatan global, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam laporan yang dikeluarkan - krisis berkenaan mengorbankan lebih 14 ribu nyawa orang awam, 17.7 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan, dan 7.5 juta rakyat Ukraine menjadi pelarian ke seluruh Eropah.

Amerika Syarikat | Belon pengintip China ditembak jatuh
Amerika Syarikat dilaporkan telah menembak jatuh belon pengintip didakwa milik China yang melintasi ruang udara negara Uncle Sam itu pada Sabtu. Belon itu ditembak jatuh berhampiran pantai Holden Utara Carolina.

Peruntukan Kurang | Ahli parlimen perlu maksimum sumber bantu penduduk diwakili - Fahmi
Setiap ahli Parlimen perlu mengamalkan sikap berhemah selain memaksimumkan segala sumber yang ada untuk menyantuni keperluan rakyat di kawasan masing-masing di sebalik pengurangan peruntukan kerajaan kepada mereka. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata antaranya ahli Parlimen boleh berusaha mendapatkan bantuan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada rakan-rakan korporat mereka.

Kekurangan Sayur | LPP dan FAMA diarah lakukan intervensi segera
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah mengambil langkah intervensi segera bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan sayur di pasaran ketika ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata untuk jangka panjang, kementerian akan mewujudkan sistem data raya bagi mendapatkan maklumat dalam masa sebenar tentang situasi bekalan sayuran di negara ini.

Program PerantiSiswa terima 65,898 permohonan dalam tempoh sebulan - Noraini
Kerajaan menerima 65,898 permohonan tablet di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi fasa kedua dalam masa sebulan sejak ia mula dibuka pada 1 Ogos lepas.