KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) mensasarkan sebanyak 900 pemula niaga dan 13,000 bakat baharu kecerdasan buatan (AI) akan muncul menjelang 2026 melalui program perintis AI Sandbox 2024.
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
Menterinya, Chang Lih Kang berkata, langkah ini turut berpotensi merangsang sehingga 10 peratus pertumbuhan ekonomi melalui penciptaan industri yang baharu, peluang pekerjaan dan sekali gus meningkatkan daya saing dalam pasaran global.
“Seperti yang disebut oleh Menteri Pengajian Tinggi (MOHE), kami menjangkakan bahawa lebih daripada 13,000 bakat AI akan muncul menjelang 2026.
“Impak daripada projek ini juga dijangkakan akan memberi kesan yang besar dan meluas. Program Sandbox ini turut akan membantu dalam penubuhan sebanyak 900 syarikat AI menjelang tahun 2026,” katanya ketika melancarkan program AI Sandbox di Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), di sini, pada Khamis.
Tambah beliau lagi, inisiatif ini merupakan bukti komitmen MOSTI untuk mendorong inovasi dalam arena antarabangsa sejajar dengan matlamat kebangsaan untuk melahirkan 100 syarikat AI dan menghasilkan pendapatan sebanyak RM1 billion menjelang tahun 2030.
“Saya yakin bahawa aktiviti-aktiviti yang dirancang akan membuktikan keberkesanan yang positif, bukan hanya kepada anda tetapi juga kepada masyarakat secara umum,” jelasnya.
Menurut Indeks Kecerdasan Buatan Global (Global AI Index) yang diterbitkan pada 28 Jun 2023 oleh Tortoise Media, Malaysia kini menduduki tempat ke-44 dari 62 negara dengan skor keseluruhan 19.6, manakala China dan Singapura menduduki tempat kedua dan ketiga dengan skor masing-masing 61.5 dan 50.
Program perintis fasa 1 yang dilancarkan pada Khamis adalah kerjasama antara MRANTI dengan sebuah syarikat teknologi, NVIDIA dan disokong oleh MOSTI dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia MOHE.
Pia Ernadya
Thu Apr 18 2024

Chang Lih Kang berkata, langkah ini turut berpotensi merangsang sehingga 10 peratus pertumbuhan ekonomi melalui penciptaan industri yang baharu, peluang pekerjaan dan sekali gus meningkatkan daya saing dalam pasaran global. - Gambar fail

Google NotebookLM kini boleh hasilkan podsiar dalam Bahasa Melayu
Dengan ini dokumen dalam Bahasa Inggeris misalnya boleh diubah menjadi audio podsiar dalam Bahasa Melayu yang lebih difahami oleh pendengar.

Perpaduan Nasional, legasi Fadzil Noor yang semakin terpinggir dalam Pas - Faiz
Kompas politik Pas hari ini telah berubah, menjurus kepada pendekatan sempit berasaskan agama dan sentimen kaum, dakwa Faiz.
AWANI Pagi: Membina generasi masa depan melalui seni
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama tiga tetamu, Lylatul Qadrina, Naib Presiden Kakiseni & Pengasas Program Kelab YSD-Kakiseni Junior; 2) Geetha Shankaran-Lam, Pengasas GSD Performing Arts Studio dan Daphne Siaw, Penggiat Seni Kelab YSD-Kakiseni Junior di Sarawak bagi membincangkan sisi lain yang bukan akademik, sebaliknya seni, kreativiti dan kemahiran komunikasi yang bakal membuka peluang untuk membina generasi masa depan
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [30 April 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama GeeGee Ahmad & Afiezy Azaman
- Had laju maksimum di zon sekolah akan diwarta kepada 30km/j
- Akta PSB: Pemilik rumah terlibat akan terima unit yang lebih baik
- Harga makanan kegemaran harian meningkat hampir dua kali sejak 13 tahun lepas
- Had laju maksimum di zon sekolah akan diwarta kepada 30km/j
- Akta PSB: Pemilik rumah terlibat akan terima unit yang lebih baik
- Harga makanan kegemaran harian meningkat hampir dua kali sejak 13 tahun lepas

Tiga maut dalam insiden tembakan di Sweden - Polis
Kejadian berlaku di sebuah salun rambut berhampiran Dataran Vaksala, dan pihak berkuasa melancarkan operasi besar-besaran memburu suspek.

KETEQ AI: Sarawak perkenal peranti penukar kuasa berasaskan AI pertama dunia
Ia antara hasil utama di bawah Pelan Hala Tuju Semikonduktor Sarawak 2030 bertujuan menjadikan Sarawak hab berteknologi tinggi di rantau ini.
Prestasi S&P 500: Setakat 30 April 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Pasaran Saham AS Ditutup Positif Selepas Perdagangan Berombak
Pasaran saham AS ditutup kukuh dalam wilayah positif pada hari Selasa selepas berayun antara keuntungan dan kerugian sederhana dalam perdagangan berombak, ketika pelabur menilai pusingan terbaru pendapatan korporat, data ekonomi, dan perubahan dalam dasar perdagangan.

Sengketa Nabila Huda dan ibu tiri: “Saya cuma ada seorang emak”
"Saya tahu semua rahsia awak. Saya tahu semua yang berlaku dan ada segala-galanya."
Di sebalik laporan Amazon pamer harga pasca tarif: Trump hubungi Bezos
Presiden AS Donald Trump meraikan 100 hari pertama di Michigan dan berbincang dengan Pengerusi Amazon Jeff Bezos mengenai laporan tarif.

MyGenom: Kerajaan bercadang buka perjawatan baharu untuk penyelidikan fasa kedua - Menteri MOSTI
Kerajaan bercadang untuk membuka perjawatan baharu untuk fasa kedua projek MyGenom bagi menyasarkan seramai 10,000 genom rakyat Malaysia untuk dijujuk.

PM Anwar hadir program Ihya' Ramadan di MOSTI
Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 12.10 tengah hari diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang serta timbalannya Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.

Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.

INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.

NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.