KUALA LUMPUR: Melihat situasi semasa kesihatan mental yang semakin membimbangkan akibat penularan wabak COVID-19, Taylor’s University mengambil langkah proaktif dengan melancarkan Program Sarjana Psikologi Klinikal bagi membantu mereka yang memerlukan.
Program dua tahun berasaskan kursus itu dibangunkan bagi mencipta insfrastruktur positif dan selamat di dalam negara.
Ia juga sekali gus mengatasi masalah kekurangan pakar bidang tersebut dengan kemahiran mencakupi bidang diagnosis, penilaian psikologi, psikoterapi, intervensi, penyelidikan klinikal dan pencegahan kesihatan mental.
Penaung Antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah berkata kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal kerana mampu mempengaruhi cara seseorang itu berfikir, merasai dan bertindak balas kepada persekitaran dan situasi.
“Pandemik COVID-19 jelas membuktikan pentingnya kesejahteraan mental, ini kerana ada masyarakat yang menghadapi masalah seperti kegelisahan, stres dan kemurungan dan pelancaran program ini adalah langkah yang tepat.
“Amat membanggakan apabila melihat institusi pendidikan melakukan pelaburan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat serta merancang program yang mampu membantu kesukaran yang dihadapi mereka secara menyeluruh,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Sarjana Psikologi Kilinikal yang diadakan secara maya, pada Khamis.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik, Prof Dr Pradeep Nair berkata, pihaknya komited menaik taraf pedagogi pembelajaran bagi membolehkan para pelajar memenuhi pasaran semasa, merapatkan jurang dengan masyarakat serta membantu pembangunan negara.
“Tahun lalu, selepas kejayaan melancarkan Taylor’s Center for Human Excellence and Development (CHED) yang merupakan kemudahan penyelidikan AI pertama di Malaysia untuk kesihatan mental dan sains, pembangunan insfrastruktur bidang ini akan terus dipergiatkan.
“Pelancaran program sarjana ini adalah langkah bukti berterusan untuk mengembangkan akses kesihatan mental berkualiti tinggi di Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, para pelajar yang mengikuti program tersebut turut didedahkan kepada pengetahuan praktikal melalui kerjasama pihak universiti dengan pertubuhan kesihatan mental di Malaysia.
Ia termasuk InPsych Psychological and Counselling Services, Mind Psychological Services and Training, Rekindle Centre for Systemic Therapy, Thrive Well Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai SOLS Health) dan People Psychological Solutions.
Pihak universiti juga akan memastikan program tersebut memenuhi syarat dan standard Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia (MSCP) dan para pelajar layak mendaftar di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia 2016.
Untuk maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan ini, orang ramai boleh melayari https://university.taylors.edu.my/en/study/postgraduate/liberal-arts-and-sciences/master-of-clinical-psychology.html.
Ehsan A Marisah
Sat Jun 26 2021
Tengku Puteri Iman Afzan pada Majlis Pelancaran Program Sarjana Psikologi Kilinikal yang diadakan secara maya. - Foto Taylor's University
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis
Aspek kesihatan mental saudara baharu itu harus diberikan perhatian supaya soal kesejahteraan kehidupan mereka sentiasa terpelihara.
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina
Penghapusan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tahun lepas memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka untuk dapatkan rawatan.
Peningkatan isu kesihatan mental membimbangkan - Doktor
Pengabaian kesihatan mental golongan remaja dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal dan mental di alam dewasa.
NIOSH, JKM Negeri Sembilan tingkat kesedaran penjagaan kesihatan mental warga emas
NIOSH dan JKM Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif berkongsi teknik menangani tekanan mental dalam kalangan warga emas di PAWE di sini.
NIOSH peruntuk RM12 juta sedia latihan bantu tangani isu kesihatan mental di tempat kerja
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) memperuntukkan sejumlah RM12 juta bagi menyediakan latihan secara percuma kepada 10,000 golongan pekerja.
New York City saman Facebook, TikTok, YouTube - didakwa mudarat kesihatan mental belia
Menurut saman, perkhidmatan media sosial itu membawa kepada kemudaratan dan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia dan kanak-kanak.
Kerajaan Turkiye laksana 5,533 aktiviti selepas kejadian gempa bumi
Aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.
Pentingnya penjagaan kesihatan mental dan fizikal buat ibu berpantang
Peredaran masa menyaksikan tradisi berpantang melalui evolusi dan kini, ia bukan lagi menjadi tanggungjawab ahli keluarga seperti ibu sendiri atau ibu mentua.
COVID-19: 14 kes baharu dikesan libatkan mangsa banjir di PPS Kelantan, Terengganu - Dr Dzulkefly
Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan sembilan kes di Kelantan dan lima kes di Terengganu.
JKNT wujud klinik kesihatan lelaki di setiap daerah
JKNT mengambil inisiatif mewujudkan satu klinik di setiap daerah untuk perkhidmatan kesihatan lelaki termasuk saringan dan rawatan awal bagi masalah reproduktif seperti mati pucuk.