awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Selamat Tahun Baharu belia Malaysia
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Suhakam ditunda sebab polis tak cukup anggota - Tun M

Firdaus Azil
Firdaus Azil
08/12/2018
07:02 MYT
Program Suhakam ditunda sebab polis tak cukup anggota - Tun M
Hari Hak Asasi Manusia ditunda kerana polis tidak mempunyai anggota yang mencukupi untuk mengawal dan memantau perhimpunan itu. - fotoBERNAMA
Keputusan pihak polis untuk meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menunda sambutan Hari Hak Asasi Manusia mereka adalah kerana polis tidak mempunyai anggota yang mencukupi untuk mengawal dan memantau perhimpunan itu.
Jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ini kerana sebilangan besar anggota telah pun dikerahkan untuk memantau perjalanan Perhimpunan anti-ICERD yang turut berlangsung hari ni.
“Kalau ada dua demonstrasi, dia akan berpecah, dan polis terpaksa mengagihkan pegawai mereka kepada dua tempat. Sebab itu kita takut, perjumpaan pertama (anti-ICERD) ini ramai dan memerlukan pegawai yang banyak, sebab itu (sambutan oleh Suhakam) boleh dipinda pada hari lain
“Bukan kita nak larang mengadakan demonstrasi, tetapi kita minta ditunda pada hari yang lain supaya polis tidak tertekan, kerana pegawai mereka pun tak cukup untuk mengawasi perhimpunan yang besar,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pagi ini bahawa sambutan oleh Suhakam perlu ditunda ekoran wujudnya ancaman keselamatan kepada orang ramai, dan kepada Perdana Menteri sendiri.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kehadiran beliau pada sambutan Hari Hak Asasi Manusia itu, Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan menghadirinya walaupun penganjur telah meletakkan nama beliau sebagai tetamu khas.
“Saya dah buat keputusan sebelum ini, kita tidak akan meratifikasi ICERD, tetapi Suhakam mahu kita ratifikasinya. Jadi macam mana saya nak pergi sertai sambutan itu?” ujarnya ringkas.
Topic Berkaitan
#Daulat 812
#Hari Hak Asasi Manusia
#Himpunan 812
#himpunan ICERD
#keselamatan
#Ketua Polis Negara
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#polis
#Suhakam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan