awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program sukarelawan, lay kaunselor sasar 10,000 orang menjelang 2019

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
29/12/2018
06:27 MYT
Program sukarelawan, lay kaunselor sasar 10,000 orang menjelang 2019
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kanan) beramah mesra dengan sebahagian peserta masakan ketika hadir pada Karnival Aspek Wanita Pandan dan Program Back To School di Kampung Pandan hari ini. - Foto Bernama
Kerajaan akan menambah jumlah kaunselor atau lay kaunselor terlatih kepada 10,000 orang menjelang tahun hadapan bagi membantu memberi perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata jumlah berkenaan ditingkatkan kerana beliau bimbang dengan tahap masalah mental dalam negara.
“Pada tahun hadapan kita akan memperkasakan lagi program ini (lay kaunselor) untuk gandakan jumlah yang ada kini.
“Sesiapa yang ingin menjadi lay kaunselor perlu melalui ujian saringan dan pergi kursus selama tiga hari untuk mendapatkan sijil kelayakan,” jelasnya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Karnival Aspek Wanita Pandan dan Program Back To School di Kampung Pandan Dalam hari ini.
Katanya, dengan kerjasama Lembaga Kaunselor Malaysia, jumlah lay kaunselor yang dilatih dalam program yang berkonsepkan sukarelawan sebelum ini adalah seramai 5,500 orang.
Peranan lay kaunselor adalah sebagai sistem sokongan sosial dalam komuniti amat diperlukan bagi menampung kekurangan kaunselor dalam negara, dipilih berdasarkan ujian saringan dengan tiga hari kursus beserta sijil.
Topic Berkaitan
#Lay Kaunselor
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan