awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program tajaan syarikat minuman keras tidak babitkan pelajar - Loke

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/07/2024
07:45 MYT
Program tajaan syarikat minuman keras tidak babitkan pelajar - Loke
Loke berkata, penajaan sedemikian bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah biasa dilakukan sebelum ini. - Bernama
KLANG: Penganjuran program kutipan dana yang ditaja sebuah syarikat minuman keras yang menjadi kontroversi baru-baru ini tidak melibatkan pelajar, sebaliknya hanya ibu bapa bukan Islam.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, penajaan sedemikian bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah biasa dilakukan sebelum ini.
Kata Loke, beliau melihat adanya cubaan pihak-pihak tertentu menimbulkan polemik berkenaan perkara itu sedangkan ia sudah lama dipraktikkan tanpa sebarang isu.
“Dulu pun (sudah ada program) sama, jadi tidak perlu timbul polemik berkenaan perkara ini.
“Ia telah dipraktikkan selama ini, tak menjadi masalah, hanya ada pihak cuba mempolitikkan dan mengungkit untuk menjadikan isu.
“Kita sudah jelas dengan keputusan Kabinet. Ada beberapa garis panduan seperti kalau berada dalam premis sekolah, logo jenama tidak boleh dipaparkan tapi program boleh dibuat.
“Kalau di luar tak ada halangan kerana kebanyakan program ini berlaku di luar premis sekolah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan bagi melihat status terkini projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Stesen Pasar Jawa, pada Isnin.
Jelasnya lagi, semua bentuk sumbangan kepada sekolah mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, selari dengan dasar sedia ada dan telah dibincangkan oleh Kabinet.
Terdahulu, Pas membangkitkan isu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman ​​Athirah Sabu menerima mock cheque berjumlah RM3 juta dengan tertera logo syarikat minuman keras pada majlis kutipan derma di sebuah sekolah di Sepang.
Aiman ​​Athirah dalam penjelasannya berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai pihak yang memberikan derma untuk pembinaan dewan sekolah tersebut.
Pada 26 Julai lalu, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata pihak mereka mengekalkan garis panduan sedia ada mengenai sumbangan kepada sekolah dan melarang sebarang promosi minuman keras di dalam kawasan sekolah.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#minuman keras
#sekolah
#kutipan dana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan