KUALA LUMPUR:Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menandatangani perjanjian dengan Bureau Veritas bagi melaksanakan label kecemerlangan kebersihan dan keselamatan 'Travel Safe Malaysia' yang direka untuk menyokong aktiviti memulakan semula industri pelancongan dan pengembaraan.
Dalam kenyataannya hari ini, MATTA berkata program itu yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan ditawarkan kepada semua ahli MATTA menerusi audit lapangan bagi memastikan prosedur dan proses kesihatan, keselamatan dan kebersihan yang bersesuaian dilaksanakan.
Ini juga seiring dengan amalan baik dan syor yang diiktiraf global berkaitan langkah-langkah pencegahan bagi memulakan kembali perniagaan secara selamat selepas tempoh kawalan pergerakan akibat COVID-19.
Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang berkata pandemik COVID-19 berkembang seiring masa, justeru ada keperluan untuk industri menggubal strategi pelancongan yang baharu dengan mengambil kira protokol keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan kerajaan serta situasi semasa yang masih berisiko.
Katanya dengan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat akan menggalakkan pengembara berpotensi memilih negara ini sebagai destinasi mereka apabila sempadan kembali dibuka kepada pelawat antarabangsa.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Negara Bureau Veritas Malaysia bagi Komoditi, Industri dan Fasiliti Rantau Asia Tenggara Datuk Mohd Nizam Abdul Malik berkata sebagai sebuah destinasi pelancongan antarabangsa, pengembara akan berasa lega kerana industri pelancongan negara ini bersedia sepenuhnya serta menjadikan kebersihan dan keselamatan sebagai keutamaan dalam operasi mereka.
"Ini akan turut memberi manfaat kepada pelancong domestik kerana mereka tahu penyedia perkhidmatan mereka diiktiraf serta mengamalkan piawaian kebersihan dan keselamatan tertinggi berkaitan pandemik COVID-19," kata Mohd Nizam.
Bureau Veritas merupakan peneraju global dalam pengujian, pemeriksaan dan pensijilan dengan lebih 78,000 petugas di 1,500 pejabat dan makmal di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 18 2020
Terdapat keperluan untuk industri pelancongan menggubal strategi pelancongan baharu dengan mengambil kira protokol keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan kerajaan. - Gambar hiasan
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Program 'Travel Safe Malaysia' bantu mulakan semula pelancongan Malaysia
Program yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu akan ditawarkan kepada semua ahli MATTA menerusi audit lapangan.