SHAH ALAM: Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) akan terus ditambah baik dengan pembangunan pembelajaran secara digital menerusi aplikasi telefon pintar, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata pembangunan aplikasi yang dilaksanakan tahun ini itu akan memberikan lebih akses kepada pelajar untuk mengikuti kandungan dan pembelajaran, khususnya mereka yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Amirudin berkata program itu turut ditambah baik dengan penyediaan saluran video secara langsung bertujuan memudahkan komunikasi secara terus antara guru dan pelajar.
"Saya gembira melihat perkembangan dari sudut kandungan pembelajaran, kaedah pembentukan video hinggalah aplikasi mudah alih. Portal ini boleh diakses melalui www.eptrs.my.
"Ini hasil kemahiran dalaman melibatkan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI," katanya menjawab pertanyaan Dr R Gunarajah (PH-Sentosa) berhubung pelaksanaan PTRS untuk 2024 pada persidangan Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Amirudin berkata kerajaan negeri menyasarkan seramai 130,000 pelajar akan menerima manfaat hasil penambahbaikan program itu tahun ini iaitu peningkatan sekali ganda berbanding 65,000 peserta tahun lepas.
Beliau berkata PTRS juga diperluaskan kepada pelajar tingkatan empat dari 277 sekolah menengah termasuk aliran agama yang terdiri daripada keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan.
"Dalam hal ini MBI juga bercadang melakukan intervensi kepada pelajar sekolah rendah yang mengalami masalah 3M (membaca, mengira, mengeja) antara lain disebabkan penularan COVID-19 bagi mengelakkan kelompok pelajar tersisih," katanya.
Diperkenalkan pada 2009, PTRS ialah bantuan kelas tambahan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai prestasi pelajaran sederhana atau lemah.
Selain modul pembelajaran, PTRS turut menyediakan elaun kepada 1,956 guru dan penyelaras terlibat selain murid daripada 277 sekolah yang mengikutinya disediakan makan tengah hari percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
Amirudin berkata, program itu ditambah baik dengan penyediaan saluran video secara langsung bertujuan memudahkan komunikasi secara terus antara guru dan pelajar. - Gambar fail
Dipercayai terdapat gerakan tersusun sebar maklumat palsu di media sosial - Fahmi
Fahmi berkata bagaimanapun buat masa ini, Kementerian Komunikasi belum menerima apa-apa maklumat secara terperinci.
Tumpuan Sabtu – 18 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Serangan balai polis: Jangan buat kesimpulan awal - Mufti Perlis
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan agar semua pihak tidak membuat kesimpulan terlalu awal berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor kerana bimbang akan menimbulkan sentimen Islamofobia.
Serangan balai polis: Gerakan JI di negara ini mungkin belum berakhir - Syahril Kadir
Editor Jenayah, Syahril Kadir berkata kejadian berdarah yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menunjukkan kemungkinan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dalam negara ini belum betul-betul berakhir.
Tegasnya, pihak berkuasa tidak boleh leka dengan ancaman tersebut, yang disifatkan sebagai 'api dalam sekam'.
Tegasnya, pihak berkuasa tidak boleh leka dengan ancaman tersebut, yang disifatkan sebagai 'api dalam sekam'.
Rezeki lapan sekeluarga tunai haji bersama kerana pengorbanan ibu bapa menabung
Menabung sejak awal usia, membawa lima beradik ke Tanah Suci secara serentak pada tahun ini, musim 1445H/2024M.
Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Malaysia, Uzbekistan boleh bekerjasama teroka bidang baharu pendigitalan, peralihan tenaga
Perdana Menteri berkata kedua-dua negara juga boleh menjalin kerjasama yang baik dalam sektor halal, perbankan dan teknologi makanan.
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Program Tuisyen Rakyat Selangor ditambah baik dengan aplikasi mudah alih - MB
Program itu ditambah baik dengan penyediaan saluran video secara langsung bertujuan memudahkan komunikasi secara terus antara guru dan pelajar.